Thursday, April 25, 2024
HomeNews Baru Nak Belajar TikTok, Cikgu Ini Spontan 'Bersilat' Lepas Kantoi Dengan...

[VIDEO] Baru Nak Belajar TikTok, Cikgu Ini Spontan ‘Bersilat’ Lepas Kantoi Dengan Isteri

TikTok merupakan aplikasi hiburan yang kini paling digemari ramai tidak kiralah golongan muda mahu pun yang tua

Aplikasi tersebut mempunyai banyak hiburan dan juga menjadi medium bagi para guru dan ustaz untuk berdakwah kerana ianya adalah teknik pendekatan yang paling mudah untuk berkongsi info dengan semua orang.

Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki yang bernama Cikgu Charms mendapat perhatian netizen semasa dia mula-mula ingin mencuba bermain TikTok tanpa pengetahuan isterinya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@cikgucharms

Bila kau cuba mau main tiktok tanpa pengetahuan bini..hmm..@puanjmkj

original sound – Cikgu Charms

Baru nak cuba menari TikTok, tiba-tiba isteri muncul dari belakang dan spontan bersilat

Menerusi video tersebut, Cikgu Charms yang memakai T-shirt dan berkain pelikat serta berkopiah ketika itu baru nak membuat tarian TikTok dengan kapsyennya “bila kau cuba mau main TikTok tanpa pengetahuan bini”.

Namun sebaik saja dia hendak menari, isterinya secara tiba-tiba muncul dari arah belakang sambil memerhatikan gerak geri suaminya itu dengan pandangan sinis.

Cikgu Charms yang tersedar akan kelibat isterinya itu spontan terus membuka langkah dan bersilat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Selepas beberapa saat bersilat kononnya ingin cover apa yang sedang berlaku, dia pun menghentikan rakaman sambil isterinya tersenyum di belakang dan masih tidak berganjak.

Image via @cikgucharms (TikTok)

“Yang ni lawak bang, tapi lawan tetap lawan sebab beras kita beli bang” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video Cikgu Charms telah berjaya meraih hampir 400K tontonan, 18.2K tanda suka dan 1,709 perkongsian di laman TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan Cikgu Charms yang seperti takut dengan isterinya sehingga tarian bertukar menjadi silat.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Image via @cikgucharms (TikTok)

Aduhai, lawak betul cikgu ni. Lain kali kalau nak menari TikTok pergilah tempat tersorok sikit 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments