Thursday, March 28, 2024
HomeNewsAmaran Yang Diabaikan, Anonymous Malaysia Dakwa Berjaya Godam Beberapa Laman Web Kerajaan

Amaran Yang Diabaikan, Anonymous Malaysia Dakwa Berjaya Godam Beberapa Laman Web Kerajaan

Bermula hanya sekadar memberi amaran, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa kumpulan yang digelar Cyberpunk Team sudah menggodam beberapa laman web milik kerajaan

Menurut laporan, laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Menerusi status yang dimuat naik oleh akaun Facebook kumpulan berkenaan pula, tindakan mengodam itu didakwa dilakukan tepat 12 tengah malam tadi.

Berikut di bawah adalah status yang dimuat naik mereka mengenai senarai laman web yang digodam:

Image via Anonymous Malaysia (Facebook)

Begitupun, hasil semakan yang digodam kesemua laman yang diserang kumpulan Anonymous Malaysia ini telah pun kembali pulih

Difahamkan tujuan serangan dibuat untuk memberi pengajaran kepada laman web kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem sekuriti dalam negara agar tidak mudah diceroboh khususnya dari pihak luar.

Terdahulu, Anonymous Malaysia pernah memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian menerusi #OpsWakeUp21.

Dalam video berdurasi 4 minit 1 saat, mereka memberi amaran sejak 2015, penipu terus menipu rakyat melalui e-mel, panggilan telefon, media sosial dan aplikasi WhatsApp, dengan menawarkan wang kepada rakyat serta mengugut mereka seakan-akan mereka melakukan jenayah.

Dakwa mereka, puncanya disebabkan penyedia perkhidmatan kerajaan dan swasta yang mengandungi data peribadi rakyat digodam serta dibocorkan sebelum data itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

Image via Anonymous Malaysia (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments