Wednesday, May 1, 2024
HomeNews"Si Bulus Nak Beraya!" - Pelbagai Jenis Baju Melayu & Kurung Buat...

“Si Bulus Nak Beraya!” – Pelbagai Jenis Baju Melayu & Kurung Buat Kucing Kesayangan Anda

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Syawal dah nak dekat, sudah pasti ramai yang mula membeli baju raya bukan?

Banyak kedai online mula membuat promosi dan mengeluarkan pelbagai design baju raya baru tahun ini.

Tetapi, berbeza pula dengan kedai di Instagram ini yang bernama @meowkushop di mana mereka menjual pelbagai koleksi baju Melayu dan baju kurung untuk kucing. 

Bagi anda yang mempunyai haiwan comel ini di rumah, anda wajib baca artikel ini sampai habis kerana kami akan kongsikan pelbagai jenis baju raya untuk si bulus anda.

Image via @meowkushop (Instagram)

Boleh custom made, datang dengan pelbagai warna dan design

@meowkushop juga sedang membuat promosi diskaun sebanyak 10% untuk setiap baju raya kucing dan juga datang dengan pelbagai saiz dan warna.

Bagi kucing jantan, antara baju Melayu yang dijual adalah Cekak Musang dan Teluk Belanga. Manakala bagi kucing betina pula adalah Peplum, Kurung biasa, Kurung Kedah dan Kebaya Batik.

Bukan itu saja, anda juga boleh custom made baju raya kucing kesayangan di kedai ini dengan mengikut panduan ukuran yang mereka sediakan.

Image via @meowkushop (Instagram)

Antara koleksi baju raya untuk si bulus adalah seperti di bawah:

Raya nanti bolehlah pakai sedondon dengan Cik Meow masing-masing, mesti cute gila! <3

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments