Wednesday, May 1, 2024
HomeNewsIni Sebab Kenapa Anda Perlu Mempunyai Pengalaman Kerja 2 Tahun Untuk Minta...

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Mempunyai Pengalaman Kerja 2 Tahun Untuk Minta Kerja

Umum semua mengetahui bahawa sekarang ini sukar untuk mencari pekerjaan

Kalau lima tahun lepas sudah ramai graduan yang merungut tentang pasaran pekerjaan yang semakin mencabar dek kerana sukar untuk mendapatkan pekerjaan, maka selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, bertambah sukarlah untuk graduan dapatkan kerja. Jadi, dalam tempoh yang sukar ini ada yang merasakan graduan tidak wajar untuk memilih bidang pekerjaan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Astro Awani

Tak perlu skeptikal sekiranya anda terpaksa bekerja dalam bidang yang lain dengan kelulusan anda. Mungkin ini boleh jadi ruang untuk kita meneroka sesuatu yang berbeza. 

Selain itu, ia juga mungkin boleh jadi salah satu cara kita mendapatkan pengalaman luar daripada bidang kita. Tapi sebenarnya, tidak ada yang pelik sekiranya ada diantara kita yang kerja luar dari bidang sebab ramai je yang macam tu.

Sia-sia ke belajar kalau kerja dalam bidang lain?

Sebenarnya ini satu ungkapan yang kurang tepat. Persoalannya, kenapa ramai yang berfikir pekerjaan kita itu perlu selari dengan bidang yang kita belajar dulu? 

Bagaimanapun, semua ini hanyalah psikologi pemikiran kita. Jadi disebabkan itu, ada yang sanggup tunggu sehingga dapat pekerjaan yang selari dengan bidang hanya kerana tidak mahu rasa sia-sia apa yang dipelajari dulu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Free Malaysian Today

Ini sebab bakal majikan minta pengalaman kerja 2 tahun sebelum ambil bekerja:

Sebenarnya, syarat tersebut bukanlah mahu bakal pekerja itu betul-betul mahir dalam pekerjaan yang bakal dilakukan, tetapi syarat itu diletak untuk majikan lihat sejauh mana bakal pekerja itu mempunyai pengalaman menguruskan stres kerja.

Selain itu, majikan juga mahu melihat adakah bakal pekerjanya itu seorang yang konsisten dengan kerja atau seorang yang gemar melompat kerja. Sekirannya anda jenis yang tidak tahan bekerja lama dalam sesuatu tempat, mungkin itu adalah ‘red flag’ buat bakal majikan untuk ambil bekerja. Kemudian, ijazah yang kita perolehi hasil penat lelah belajar pula akan dijadikan sebagai dokumen sokongan untuk bakal majikan pertimbangkan permohonan kita.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Sementara itu, graduan juga perlu persiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran berguna apabila melangkah keluar dari menara gading. Pastikan anda ambil kemahiran yang boleh membantu tambah nilai pada diri untuk diambil bekerja. 

Pelbagai kemahiran seperti komunikasi, PR, pengurusan akaun dan dokumen, dan banyak lagi kemahiran yang boleh beri nilai tambah. Apabila tiba sesi temuduga, kita perlu tampilkan kemahiran yang tidak ada pada orang lain.

Hakikatnya, nak dapatkan kerja yang sempurna ni memang sampai bila-bila tak akan dapat kerja yang diidamkan itu. Jadi, kita perlu fleksibel dalam memilih kerja dan membuat perancangan jangka panjang untuk perkembangan kerjaya kita. 

Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Penulis: Hamka

Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.

Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!

Image via Kool FM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments