Wednesday, April 24, 2024
HomeNewsSering Membuang Makanan? Ini 8 Cara Untuk Elakkan Pembaziran Makanan

Sering Membuang Makanan? Ini 8 Cara Untuk Elakkan Pembaziran Makanan

1. Simpan sayur dan buah-buahan di tempat yang betul supaya tak rosak

Image via Impiana

Jangan simpan sayur atau buah-buahan anda secara semberono. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai penjagaan yang berlainan. Ada yang perlu disimpan dalam peti sejuk dan ada yang tidak. Berikut merupakan contoh tempat penyimpanan sayur:

Peti sejuk: Sayur-sayuran hijau seperti timun, bayam, sawi, kangkung dan buah-buahan seperti oren, epal, buah pear, buah tembikai yang telah dipotong dan lain-lain.

Ini supaya sayur dan buah-buahan kekal segar dan tahan lama dengan suhu sejuk dalam peti sejuk.

Tempat kering & sejuk: Kopi, madu, roti, minyak zaitun dan tomato.

Ini supaya bahan-bahan ini tahan lama dan kekal aroma dan rasanya.

Tempat yang kering & gelap: Bawang putih, bawang merah, kentang dan avocado.  

Kesemua bahan ini tidak memerlukan suhu peti ais kerana akan melembapkan tekstur dan menyebabkan buah dan sayur menjadi busuk.

2. Lebih baik jika sayur dan buah diasingkan dalam plastik atau bekas yang berlainan

Image via Majalah Pama

Image via Maskulin

Selain jimatkan tempat dalam peti sejuk dan nampak kemas, pengasingan setiap sayur-sayuran juga boleh buat sayur-sayuran tahan lama. Perkara ini penting untuk mengelakkan sayuran-sayuran tercemar atau mengalami perubahan bau apabila dicampur. 

Jangan lupa untuk cuci sayur-sayuran dan keringkan dulu sebelum masukkan ke dalam plastik untuk mengelakkan bakteria. Haa kalau sayur tahan lama sikit, takdalah bazir!

Sama konsepnya juga dengan lauk-pauk. Anda harus asingkan setiap lauk baru disimpan dalam peti supaya tak basi. 

3. Labelkan tarikh luput semua makanan supaya tak lupa untuk digunakan

Image via Kelab Mama

Bahan atau rempah seperti pes, cili giling, taucu, santan dan lain-lain mempunyai tarikh luput yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, lebih baik jika kita labelkan setiap makanan dengan sticker supaya lebih peka dengan tarikh luput dan habiskan bahan tersebut supaya tidak membazir dan dibuang. Dengan cara ini, bahan dan pes juga selamat digunakan. 

4. Pastikan guna sudu yang bersih dan kering

Image via Alaf21

Gunakan sudu bersih dan kering apabila ingin rasa makanan atau masa nak alihkan makanan. Sudu yang bersih dan kering akan mengurangkan risiko makanan tercemar dengan bakteria. Kalau tercemar, nanti cepat basi. Sebab itu, sentiasa gunakan sudu bersih dan kering tau! 

Jangan sesekali masukkan makanan yang telah disenduk dalam periuk semula. Makanan anda akan tercemar dengan bakteria. 

5. Hilangkan wap nasi selepas masak

Image via Hello Doktor

Selepas nasi masak, buka penutup kemudian kais nasi tersebut. Ratakan dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk nasi. Nasi akan jadi tak terlalu lembab. Sebelum tutup periuk, pastikan lap penutup periuk dengan kain bersih. Ini akan jadikan nasi itu tahan lama.

6. Balutkan kepala pisang dengan plastik kemudian ikat supaya pisang tahan lebih lama

Image via Heart Apps

Sentiasa beli pisang? Tapi pisang tak tahan lama, sekejap je dah masak dan kadang tak perasan pun dah rosak. Cara yang paling senang ialah tutup dan wrapkan batang pisang dengan plastik.  Ini boleh menyebabkan pisang tu lebih tahan lama dan fresh! Kalau tak nanti terlalu cepat masak dan rosak…

7. Tanam semula potongan sayur untuk dapatkan sayur yang lebih banyak

Image via Butik Sihat Comel

Untuk elakkan pembaziran, jangan buang sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dipotong. Ada sesetengah yang boleh ditanam semula! Antara sayur yang boleh ditanam ialah cili padi (ambil bijinya), daun bawang, daun pudina, daun ketumbar, serai, halia, kunyit, bawang merah, bawang putih, bayam dan banyak lagi. 

Haa, dengan tanam semula sayur-sayuran, boleh jimat dan jadikan sayur lebih banyak. Tak membazir dah!

Check out artikel kami ini untuk mengetahui cara untuk menanam potongan sayur

8. DIY untuk bahan kecantikan muka anda!

Image via Dreams time

Kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengandungi banyak khasiat yang boleh buatkan muka anda kembali licin dan segar. Kalau ada timun atau tomato yang berlebihan, boleh dijadikan untuk mask muka. Jangan buang, bazir je! 

Bahan seperti kunyit, madu, gula semuanya boleh dicampurkan untuk dijadikan mask muka juga…

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan tips-tips dapur?

Dapatan gajet dapur yang sangat berguna, confirm macam chef!

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments