Thursday, April 18, 2024
HomeBREAKING NEWSPM lancar program komuniti rendah karbon di Johor

PM lancar program komuniti rendah karbon di Johor

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan program Komuniti Rendah Karbon di Kampung Sengkang, Bukit Gambir, Muar hari ini. (Gambar Bernama)

MUAR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program Komuniti Rendah Karbon di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, di sini.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir tiba di kampung berkenaan kira-kira 9 pagi, diiringi oleh pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri serta pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full.

Beliau kemudian mendengar taklimat mengenai aktiviti pengolahan baja kompos oleh seorang pengusaha di situ, Norazman Alias dan pengerusi Program Komuniti Rendah Karbon Sengkang Raja Mohd Aidil Raja Sulaiman.

Muhyiddin turut mencuba sendiri mesin yang digunakan untuk mengisar najis ternakan yang kemudian dikeringkan selama dua minggu bagi proses seterusnya dalam pembuatan baja kompos.

Selain itu, perdana menteri juga melihat penggunaan biogas yang terhasil daripada sampah hasil aktiviti rendah karbon komuniti berkenaan.

Sementara itu, Raja Mohd Aidil berkata program komuniti rendah karbon yang bermula pada 2018 tersebut memperkenalkan aktiviti rendah karbon kepada komuniti di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pada mulanya sukar memberi kefahaman kepada masyarakat luar bandar mengenai aktiviti rendah karbon yang merupakan perkara asing kepada mereka berbanding masyarakat bandar.

“Lama-kelamaan bila dah biasa, mereka boleh menerima dan turut mengamalkan aktiviti rendah karbon,” katanya ketika ditemui pemberita.

Antara aktiviti rendah karbon yang dijalankan ialah pembelian sampah daripada penduduk kampung, pemprosesan baja kompos dan baja penggalak

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments