Tuesday, May 21, 2024
HomeNewsMyBayar Saman App: 'Blacklist' Pun Boleh Bayar, PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga...

MyBayar Saman App: ‘Blacklist’ Pun Boleh Bayar, PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 50%

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula esok (18 Jun) hingga 18 Julai ini

PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian di aplikasi MyBayar Saman kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

JSPT melalui kenyataannya di Facebook memberitahu, MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Gambar sekadar hiasan.
Image via TanTan News

Orang awam boleh membuat bayaran saman itu menerusi portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman

Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:

Image via Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Image via Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments