Sunday, May 19, 2024
HomeNews"Janji Happy" - Gelagat Penjual Roti Main Badminton Dengan Anak Jiran Ini...

“Janji Happy” – Gelagat Penjual Roti Main Badminton Dengan Anak Jiran Ini Curi Tumpuan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, kita sudah jarang melihat penjual roti yang membawa motor di kawasan perumahan

Jika dulu, ramai yang memanggil mereka dengan gelaran ‘babu’ dan pelbagai roti serta jajan dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membeli daripada mereka.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman gelagat seorang penjual roti bermain badminton dengan kanak-kanak di TikTok mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adammmzzzzzz

original sound – Adammmzzzzzz

Nak beli roti, sekali ternampak babu syok main badminton dengan anak jiran

Menerusi video yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang pemuda bernama Adam, kelihatan dia sedang menunggu di luar rumahnya untuk membeli roti daripada babu itu.

Namun, apa yang membuatkan dia terhibur adalah apabila dia ternampak babu roti tersebut sedang bermain badminton bersama anak jirannya di hujung jalan.

“Aku punyalah tunggu luar ni nak pergi beli, kau elok main badminton dengan budak-budak ni eh. Aku tunggu ni, nak beli roti. Kau boleh stop kejap main badminton. Takpalah janji kau happy dengan kau punya kerja,” katanya.

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

“Hahaha steady lah abang roti, moment spontan macam ni memang cool and chill. Kita boleh happy sebab tengok diaorang happy” – Warganet

Ikutan tularnya video itu yang kini sudah mendapat 211.6K views, 24.9K likes dan 341 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat gelagat spontan penjual roti tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Image via @adammmzzzzzz (TikTok)

Sempoi je dia melayan budak-budak tu, semoga abang roti sentiasa selamat dan dimurahkan rezeki 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments