SAN JUAN: Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda barat tengah Argentina pada Isnin, diikuti sekurang-kurangnya lima gempa susulan yang menggegarkan bangunan, tetapi tiada laporan segera mengenai kecederaan.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (EMCS) berkata, gempa pada kedalaman 10km itu berpusat 40km selatan dari wilayah San Juan.
Menurut EMSC, gempa susulan pula berukuran 3.5 hingga 5 pada skala Richter.
Catatan di media sosial menunjukkan banyak rumah dan bangunan bergegar, dengan aktiviti gempa meninggalkan keretakan di permukaan jalan dan barang di atas rak bertaburan di pasar raya.
Sistem Amaran Tsunami AS berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan.