Friday, April 26, 2024
HomeBREAKING NEWSBapa tikam bayi perempuan dipenjara 10 tahun

Bapa tikam bayi perempuan dipenjara 10 tahun

Muhammad Safwan Shafie mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipenjara 10 tahun kerana menikam bayinya di perut menggunakan pisau pemotong roti sepanjang 33cm minggu lalu.

Muhammad Safwan Shafie mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di depan hakim Mahkamah Sesyen Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Bapa berusia 27 tahun itu ditahan Sabtu lalu selepas menikam bayi perempuan berusia 20 bulan di sebuah flat di Puchong Permai. Dia kemudian disahkan positif methamphetamine.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima panggilan pada 4.30 petang melaporkan seorang lelaki menikam anak perempuannya dalam keadaan marah.

Ibu Safwan memaklumkan polis yang tiba di tempat kejadian, tertuduh yang bersenjatakan pisau mengunci diri bersama bayinya di dalam rumah.

Tertuduh enggan membuka pintu menyebabkan polis memotong jeriji dan menahan Safwan, yang berdiri di pintu dengan pisau.

Pergaduhan tercetus antara Safwan dan lapan anggota polis selepas dia enggan menyerah diri, sebelum pisau itu berjaya dirampas.

Bayi itu ditemui terbaring di lantai dapur dengan luka dalam di bahagian perut sebelum dikejarkan ke hospital Serdang.

Insiden itu mengejutkan penduduk, kerana mengulangi kejadian sama pada 2018 yang menyaksikan seorang bapa di bawah pengaruh dadah memukul serta mengelar mati anak lelakinya berusia lima tahun.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments