Thursday, April 25, 2024
HomeNewsABPBH 34 Kini Kembali, Angkat Tema #KitaBersama Dalam Menerap Norma Baharu &...

ABPBH 34 Kini Kembali, Angkat Tema #KitaBersama Dalam Menerap Norma Baharu & Patuh SOP

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan lagi pada tahun ini

Image via ABPBH 34

Dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema #KITABERSAMA, iaitu kesinambungan tema #ABPBHKITA2020 yang diangkat pada ABPBH 33.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada hari Sabtu, 13 November 2021.

Malam kemuncak ini akan dilaksanakan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP yang ditetapkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebarang pengumuman untuk acara ABPBH 34, termasuk promosi, tajaan dan malam kemuncak akan dikongsi dan diumumkan dari masa ke semasa.

Menerapkan mesej kekitaan atau ‘unity’ dalam rakyat Malaysia bagi memerangi pandemik Covid-19 dan membantu kerajaan mewujudkan imuniti kelompok, ABPBH 34 berhasrat membawa keceriaan kepada penonton di rumah.

ABPBH 34 membawa sedikit kelainan pada tahun ini sesuai dengan usia penganjurannya melebihi tiga (3) dekad

Selain mengiktiraf bakat dan populariti artis atau selebriti, ABPBH 34 mahu memberi penghargaan kepada petugas belakang tabir industri hiburan termasuk kru produksi, kumpulan teknikal, pengurusan dan sokongan yang menjadi tulang belakang kejayaan sektor kreatif.

Penghargaan juga diberi kepada kumpulan penggerak penting dalam proses penerbitan kandungan untuk penonton di rumah pada era pandemik Covid-19.

Mempertandingkan 14 kategori utama dan enam (6) kategori online, pemilihan artis kegemaran pusingan pertama telah pun ditutup pada 3 Oktober lepas menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

Image via ABPBH 34

Walau bagaimanapun, undian pusingan kedua (2) akan dibuka pada 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 ini. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar nombor satu di dunia, Xiaomi.

Penaja utama ABPBH 34, Xiaomi, kembali menaja acara berprestij ini buat tahun kedua berturut-turut. Xiaomi adalah sebuah syarikat elektronik multinasional China yang ditubuhkan pada April 2010 dan beribu pejabat di Beijing.

Xiaomi melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, perkasasan elektronik dan produk lain yang kini menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

Berikut di bawah adalah senarai 14 kategori utama anugerah yang dipertandingkan dan 6 kategori online

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi, Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.

Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular pula kini dibuka sehingga 7 November 2021.

Tunggu apa lagi? Anda boleh mengundi Artis TikTok Popular ABPBH 34 dan Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34 di laman aplikasi TikTok sekarang!

Image via ABPBH 34

Jangan lupa saksikan malam kemuncak ABPBH 34 yang akan diadakan secara maya pada hari Sabtu iaitu 13 November 2021!

Bakal disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam di TV3 dan Tonton termasuk YouTube BH dan TV3 serta laman web ABPBH www.abpbh.com.my.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments