Tuesday, November 5, 2024
HomeBREAKING NEWS2 kucing ‘British Shorthair’ dari Ukraine ditahan di KLIA

2 kucing ‘British Shorthair’ dari Ukraine ditahan di KLIA

Mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat, atau mengelirukan, merupakan suatu kesalahan bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. (Gambar Facebook Maqis)

PUTRAJAYA: Dua kucing British Shorthair yang diimport dari Ukraine ditahan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rabu lalu selepas nombor mikrocip pada haiwan itu didapati berbeza, daripada dokumen permit import yang diisytiharkan.

Pengarah Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor Tarmisal Alimin berkata, pihaknya mengesan kesalahan nombor mikrocip pada dua kucing itu, ketika melakukan pemeriksaan di Kompleks Kargo KLIA.

“Nombor mikrocip yang terdapat pada badan kucing jenis British Shorthair itu, tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat, atau mengelirukan, merupakan suatu kesalahan bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Pihak MAQIS sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments