Monday, May 6, 2024
HomeNewsViral Video Anak Kesayangan Pantang Letak Dekat Mana-Mana Mesti Tertidur, Comel Habis!

Viral Video Anak Kesayangan Pantang Letak Dekat Mana-Mana Mesti Tertidur, Comel Habis!

Setiap anak kecil pasti mempunyai ragam mereka yang tersendiri dan membuatkan hati ibu bapa terhibur sampai hilang penat bekerja seharian

Kadangkala, ragam mereka sememangnya di luar jangkaan dan boleh menjadikan itu sebagai trademark si kecil.

Lain pula dengan si kecil ini yang tular di laman TikTok apabila si ibu memuat naik video anaknya yang mudah tertidur di mana-mana saja dan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mierahmcteq

Dari kecik sampai besar kat mana2 pun boleh tidur ##tiktokmalaysia ##tiktokbaby ##viral ##fyp

original sound – Queeń Fíza Bah Nie –

Pantang letak kepala, mesti tertidur lena sampai kepala terlentok

Menerusi video perkongsian daripada Wan Nur Amirah dengan kapsyen “dari kecik sampai besar kat mana-mana pun boleh tidur”, dia telah membuat kompilasi rakaman anak kecilnya yang mudah tertidur tidak kira tempat dan masa.

Kebiasaannya kita selalu dengar anak kecil sering menghadapi masalah susah nak tidur. Tetapi berbeza pula dengan anak Wan Nur Amirah yang comel itu kerana dia mudah terlelap.

Aksinya yang sering tidur terlentok tidak kiralah ketika makan, bermain atau duduk, si kecil berambut keriting itu dilihat sangat mudah melelapkan matanya.

Image via @mierahmcteq (TikTok)

“The real of sleeping beauty, comelnya rambut!” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 254.2K tontonan, 27.4K tanda suka serta 525 perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat ragam si kecil itu. Mereka juga memuji rambutnya yang keriting dan lebat membuatkan dia kelihatan extra comel.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Image via @mierahmcteq (TikTok)

Geramnya tengok si kecil ni dah la tembam, rambut curly pula tu. Comel sungguh!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments