Sunday, May 19, 2024
HomeNews "Wonder Woman!" - Perempuan Ini Selamba Buka Balang Tanpa Bantuan Lelaki...

[VIDEO] “Wonder Woman!” – Perempuan Ini Selamba Buka Balang Tanpa Bantuan Lelaki Pun. Wow!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, lelaki mempunyai kekuatan yang lebih berbanding wanita

Hal ini kerana sifat dalaman dan kekuatan antara lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Jadi, kebiasaannya kekuatan lelaki adalah cara terbaik untuk menyelesaikan sesetengah masalah seperti angkat barang yang berat, membuka penutup yang ketat dan sebagainya.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila beberapa orang lelaki dan seorang wanita cuba membuka balang menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Wanita ini tak sampai seminit boleh buka balang

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki diminta untuk membuka sebuah balang jeruk. Pada mulanya seorang lelaki cuba membuka balang itu tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat.

Selepas itu, seorang lelaki pula mencuba dengan mengetuk permukaan penutup balang tetapi masih tidak berjaya. Tidak lama selepas itu, datang seorang lagi rakannya yang cuba membuka menggunakan tuala tetapi masih gagal.

Setelah semua lelaki itu gagal untuk membuka, akhirnya seorang wanita datang mengambil balang tersebut kemudian dia mengetuk tepi penutup balang dan balang tersebut terbuka dengan mudahnya.

Image via @womenpostingws (Twitter)

Image via @womenpostingws (Twitter)

“So what is the science behind the tapping of the lid” – Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut kagum melihat aksi wanita tersebut.

Malah, ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh membuka penutup balang dengan mudah dan apakah sains di sebaliknya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 25.7K retweets dan 210.9K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Perempuan tu tak sampai seminit ya dah boleh buka. Korang rasa diaorang sengaja bagi longgarkan ke macam mana?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments