Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tular baru-baru ini, seorang wanita berkongsi sebuah video, dirinya diganggu oleh ‘makhluk halus’ di tempat kerja
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @emy_shafiq00, dapat dilihat sebuah alat pengimbas suhu di kedai tempatnya bekerja itu berbunyi sendiri seperti merekodkan suhu seseorang.
Walau bagaimanapun, yang menjadi persoalannya ketika itu tiada seorang pun berada di situ untuk mengimbas suhu. Namun, alat pengimbas suhu itu merekodkan suhu 32.2 darjah celsius ketika ianya berbunyi.
Tonton video penuh berkenaan di bawah:
@emy_shafiq00 Kejadian selepas asar tu cara dia main barang, belum dia ketuk meja lagi selalu ketuk meja dekat CK jaa ##fyp ##fyp ##seram
Kejadian itu berlaku selepas Asar ketika dia tinggal seorang diri di kedai berkenaan
Menurut wanita itu lagi, kebetulan ketika itu dia tinggal seorang diri di kedai kerana rakan sekerjanya pergi berehat.
Tiba-tiba terdetik dalam hatinya dia terasa takut kerana tinggal seorang diri di kedai, ketika itulah dirinya diganggu oleh ‘bunyi’ yang datang dari alat pengimbas suhu itu.
Berikut di bawah adalah video penjelasan daripada wanita tersebut:
@emy_shafiq00 Reply to @lalazainol berkait semua benda ##seram ##fyp ##fyp ##fypdongggggggg
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!


