Tuesday, May 21, 2024
HomeNews Wanita Ini Curi Tumpuan Bila Pilih Warga Emas Jadikan Suami, Tapi...

[VIDEO] Wanita Ini Curi Tumpuan Bila Pilih Warga Emas Jadikan Suami, Tapi Rupa-Rupanya…

Orang cakap, kalau dah jodoh tu, tak kan ke mana. Kadang kala perbezaan usia yang jauh pun tak menghalang untuk seseorang itu disatukan.

Sepertimana baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan seorang wanita muda bersama suami yang agak berusia.

Menurut sumber, video perkongsian seorang pengguna TikTok @beafaa_ itu menjadi perhatian netizen kerana mendakwa suaminya berumur 68 tahun dan dirinya berumur 22 tahun.

Malah, ianya juga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan mereka yang agak sukar mempercayai kenyataan daripadanya.

Ketika artikel ini ditulis, video pendek berkenaan telah pun mendapat lebih 136 ribu tanda suka sehingga kini dan dikongsi sebanyak lebih 6800 kali.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

@beafaa_

Nak cari laki jangan cari yang handsome , tapi cari lah bila tanya sayang , sayang ada duit . Ada sayang Cinta tk pandang umur ##fyp

original sound – ig: nrfthajalani

Begitupun, jika diteliti dengan betul, rupa-rupanya video itu sebenarnya disunting menggunakan sebuah aplikasi di telefon pintar

Difahamkan video tersebut adalah milik sepasang suami isteri Nur Fatiha Jalani, 22, dan Mohamad Faizan Ali, 26.

Nur Fatiha turut mengakui video itu hanyalah disunting dengan menggunakan aplikasi Face App dan memuat naik di laman TikTok untuk dijadikan content sahaja.

Face App ini adalah satu aplikasi yang dapat mengubah gambar wajah menggunakan beberapa efek antaranya adalah mengubah wajah kelihatan tua, muda, rambut panjang, dan tambah janggut.

Mohamad Faizan (kiri) dan Nur Fatiha bergambar ketika majlis perkahwinan mereka.
Image via @nrfthajalani (Instagram)

Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen terperdaya dengan suntingan video berkenaan, malah ada juga yang turut memberikan kata-kata positif kepada pasangan itu

Berikut di bawah antara komen daripada netizen mengenai video tersebut:

Image via @beafaa_ (TikTok)

Image via @beafaa_ (TikTok)

Image via @beafaa_ (TikTok)

Image via @beafaa_ (TikTok)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments