Sunday, May 19, 2024
HomeNews Tengah Syok Basuh Periuk, Sekali Pengantin Baru Ini Kena Simbah 'Air...

[VIDEO] Tengah Syok Basuh Periuk, Sekali Pengantin Baru Ini Kena Simbah ‘Air Kotor’

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, kebanyakan pengantin di bandar lebih suka menggunakan khidmat katering berbanding rewang

Namun, bagi mereka yang duduk di kawasan kampung, merewang adalah aktiviti wajib untuk mengeratkan lagi hubungan antara pengantin dan keluarga.

Dari persiapan memasak sebelum kenduri, sehinggalah waktu habis majlis, penduduk kampung bertungkus-lumus membantu keluarga pengantin untuk memeriahkan hari bahagia mereka.

Tetapi, berbeza pula dengan situasi sepasang pengantin ini apabila tular video di TikTok mereka disimbah air kotor semasa sedang membasuh periuk bersama-sama.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurulainul944

nahh lanje video tanpa slow-mo##fyp ##fypp ##fyppppppppppppppppppppppp ##tiktokmalaysia

original sound – muabellazz

Tengah basuh periuk kawah, sekali kena simbah dengan air kari

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurulainul944, kelihatan pengantin baru itu sedang membasuh beberapa periuk besar selepas majlis selesai.

Namun baru saja beberapa saat, datang dua orang lelaki membawa periuk berisi air lauk kenduri yang kotor dan menyimbah ke kepala mereka.

Mereka pada mulanya terkejut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa dan turut ketawa melihat diri masing-masing yang sudah basah lencun bermandikan kari.

Image via @nurulainul944 (TikTok)

“Redha jelah mandi kuah lauk, best ooo jadi kenangan nanti” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 531K views, 23.3K likes dan 453 shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat kejadian itu. Ramai yang berpendapat itu merupakan kenangan indah buat pengantin kerana itulah cara mereka bergurau untuk menghilangkan penat majlis.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @nurulainul944 (TikTok)

Image via @nurulainul944 (TikTok)

Image via @nurulainul944 (TikTok)

Image via @nurulainul944 (TikTok)

Image via @nurulainul944 (TikTok)

Tak pasal-pasal mandi kari ya, apa pun syukur majlis dah selesai 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments