Friday, May 3, 2024
HomeNews “Tarik Sis, Semongko!” - Abang APM ‘Terjerit’ Lepas Tarik Ular Sawa...

[VIDEO] “Tarik Sis, Semongko!” – Abang APM ‘Terjerit’ Lepas Tarik Ular Sawa Undang Dekah

Angkatan Pertahanan Awam (APM) adalah pihak yang terawal datang setiap kali berlaku kejadian yang melibatkan haiwan-haiwan liar di sesuatu tempat

Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, mereka sememangnya sangat mahir mengendalikan kejadian sebegini.

Baru-baru ini, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah rumah apartment apabila kehadiran ular sawa yang besar dan panjang berlingkar di atas grill tingkap rumah tersebut.

Seperti biasa, beberapa orang anggota APM akan melakukan kerja mereka dengan menangkap haiwan liar itu.

Namun, rakaman video tersebut telah mengubah detik cemas menjadi lucu dan mengundang tawa ramai apabila salah seorang anggota APM sempat menjerit ‘sesuatu’.

Lihat video penuh di bawah:

Tengah gigih tarik ular, abang APM sempat lagi menyanyi lagu viral dekat TikTok

Anggota APM yang berada di dalam bilik itu APM di dalam bilik itu kelihatan sangat rileks semasa menjalankan tugas menangkap ular kerana mereka sudah biasa mengendalikan kejadian seperti itu.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang anggota APM tersebut sempat menyanyikan sebuah lagu yang famous di TikTok dan dia menjerit ‘tarik sis, semongko!’.

Aksi spontan itu telah mengundang dekah warganet kerana mungkin mereka tidak sangka abang APM nak menyanyikan lagu itu. Iyalah, masing-masing sedang takut tengok kebesaran ular sawa yang ditarik.

Di hujung video berdurasi 40 saat itu, akhirnya mereka berjaya menarik ular itu jatuh ke dalam bilik dan sebaik saja ular itu jatuh, semua yang berada di situ menjerit serentak akibat terkejut.  

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

“Tarik sis, semongko. Yo they enjoying their job!” – Warganet

Susulan tularnya video itu di laman Twitter, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat abang APM yang spontan menyanyi dan menjerit di akhir video.

Ada juga yang terfikir macam mana tuan rumah boleh tidur apabila ular sebesar itu datang berlingkar di grill rumahnya.

Antara komen menarik daripada warganet:

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Image via @JalalMisai_2 (Twitter)

Boleh pulak abang APM ni buat lawak ya. Apa-apa pun terima kasih sebab dah tolong tangkap ular sawa tu 🙂

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments