Tuesday, April 30, 2024
HomeNews "Tak Dapat Balik Raya" - Pemuda Ini Nangis Atas Katil Family...

[VIDEO] “Tak Dapat Balik Raya” – Pemuda Ini Nangis Atas Katil Family Kirim Hadiah. Sebak!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dapat pulang beraya bersama keluarga merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang bekerja jauh di perantauan

Namun apakan daya, sudah dua tahun satu negara disekat untuk merentas negeri semasa perayaan Aidilfitri gara-gara pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Begitu juga dengan sebuah video sedih yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda menangis di atas katil selepas menerima hadiah daripada keluarganya mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@matd97

Dapaat Kirim Dari Kampung “rasa sebak gila pagi2 Buka Kotak Adaa …” ##rayadiperantauan ##rindukeluarga

original sound – KassimSelamat

Mengalir air mata bila tengok keluarga kirim makanan dan baju raya dari jauh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @matd97 dengan kapsyen “dapat kirim dari kampung, rasa sebak gila pagi-pagi buka kotak”, kelihatan dia tidak dapat menahan air mata jantannya apabila menerima hadiah makanan dan baju raya daripada keluarganya di kampung.

Perasaan sedihnya kerana tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman bertambah sayu apabila melihat baju raya lengkap bersamping serta pelbagai jenis kuih raya di dalam kotak itu.

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Video berkenaan tular sehingga meraih 391.8K views, 42K likes dan 1.1K shares di TikTok

Malah, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak melihat reaksi pemuda itu selepas menerima hadiah berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Image via @matd97 (TikTok)

Sedihnya tengok video macam ni, semoga tahun depan kita semua dapat beraya dengan family sekali :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments