Monday, September 30, 2024
HomeNews “Tak Boleh Terima Kenyataan” - Perbualan Spontan Dua Beradik Ini Cetus...

[VIDEO] “Tak Boleh Terima Kenyataan” – Perbualan Spontan Dua Beradik Ini Cetus Dekah Ramai

Hanya mereka yang mempunyai dua orang adik beradik saja faham bagaimana akrabnya sesebuah hubungan itu

Mana tidaknya, itulah kawan baik dan kawan bergaduh setiap hari. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Hari ini bergaduh, esok lusa berbaik semula.

Tetapi jarang kita dapat lihat dua beradik yang masih kecil berbual sesama mereka tentang topik orang besar bukan?

Namun berbeza pula dengan video ini yang tular di laman TikTok apabila perbualan antara dua beradik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@ummiraro

Perbualan 2 beradik

original sound – shedameor

Naik angin apabila adik tak puji kakak cantik sampai tanya dua kali

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh ibu kepada dua orang kanak-kanak itu dengan kapsyen “Perbualan 2 beradik”, kelihatan anak sulung yang membahasakan dirinya sebagai Kak Yong telah bertanya satu soalan kepada adiknya.

Soalan itu berbunyi “kak yong cantik tak?” kemudian adiknya pula spontan menggeleng kepala tanda menjawab kakaknya tidak cantik. Seperti tidak boleh menerima kenyataan, si kakak hampir memukul adiknya kerana geram dengan jawapan tersebut.

Image via @ummiraro (TikTok)

Kemudiannya ibu mereka menyuruh Kak Yong bertanya sekali lagi dengan soalan yang sama kepada adiknya, namun apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si adik tetap menggelengkan kepala.

Image via @ummiraro (TikTok)

“The real kak yong, nasib baik ada mak kalau tak kena cepuk dah tu” – Warganet

Video dua beradik itu tular sehingga meraih 840.2K tontonan, 76.7K tanda suka serta 3.6K perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka, tambahan lagi apabila si Kak Yong mula naik angin selepas tidak dipuji cantik oleh adiknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Image via @ummiraro (TikTok)

Lain kali kalau Kak Yong tanya cantik ke tak, jawab cantik ya dik kalau tak nak kena cepuk 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments