[VIDEO] “Susu Abah Masam” – Perbualan Kanak-Kanak Ini Dengan Ayah Buat Netizen Gelak Sakan

0
291

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat pelbagai ragam kanak-kanak di media sosial yang mencuri tumpuan ramai

Telatah mereka dapat menceriakan hari-hari kita kerana ayat spontan dan jujur daripada mulut mereka kadangkala mencuit hati.

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak lelaki ini apabila videonya tular di TikTok baru-baru ini gara-gara borak tentang susu bersama ayahnya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@kerol505

Susu abah masam kata dia… Susu mama jugak sedap…##foryoupage ##fyp ##kedah ##malaysia ##anakabah##love ##son ##mylove ##buahhati

original sound – Mohd Aqil Hakimi

Abah offer bagi susu, tapi anak pula kata susu abah masam

Menerusi perkongsian video daripada @kerol505, kelihatan dia sedang berbual dengan anak lelakinya di dalam kereta.

Kanak-kanak itu bertanya jika ibunya ikut balik sekali, namun si ayah berkata bahawa isterinya tidak balik bersama mereka kerana menjaga atuknya.

Apa yang mencetuskan dekah ramai adalah apabila kanak-kanak tersebut meragam mahukan susu yang dibuat oleh ibunya dan si ayah pantas menjawab supaya minum ‘susu abah’ malam itu.

Sebaik saja mendengar jawapan si ayah, kanak-kanak itu terus membuat reaksi muka dan berkata “tak nak, masamlah susu abah” sehingga membuatkan ayahnya tergelak dan terus menyakat anaknya.

Image via @kerol505 (TikTok)

“Hahaha susu abah masam sebab peluh kot dik, sabarlah ya” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan tular sehingga meraih 285K views, 22.5K likes dan 1.6K shares di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen tuurt terhibur melihat gelagat dua beranak itu terutamanya apabila muka kanak-kanak lelaki berkenaan berubah selepas mendengar abahnya offer susu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Image via @kerol505 (TikTok)

Adoi lawaklah, mesti dia dah surrender nak minum susu abah dia yang masam tu 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: