Bercakap mengenai soal jodoh, semuanya telah ditentukan oleh Tuhan untuk kita
Hubungan percintaan yang lama belum tentu menjamin akan berakhir ke jinjang pelamin. Ada sesetengahnya putus selepas beberapa tahun bercinta. Malah, ada juga yang disatukan dalam perkahwinan.
Namun, lain pula dengan perkara yang terjadi baru-baru ini apabila tular mengenai video seorang pengantin perempuan tiba-tiba histeria selepas melihat bekas kekasihnya hadir ke majlis kahwin tersebut.
Pengantin perempuan meraung dan menangis selepas melihat kelibat lelaki
Menurut laporan, kejadian tersebut yang berlaku di Indonesia menunjukkan pasangan pengantin sedang berada di atas pelamin dan sibuk melayan tetamu.
Tetapi, pengantin perempuan berkenaan tiba-tiba meraung dan menangis selepas melihat kelibat seorang lelaki membuatkan tetamu yang berada di situ panik.
Rupa-rupanya ternampak bekas kekasih datang
Difahamkan, lelaki yang memakai kemeja berwarna hitam itu adalah bekas kekasih kepada pengantin perempuan tersebut.
Namun, setibanya lelaki berkenaan di atas pelamin untuk mengucapkan tahniah, wanita itu terus menjerit-jerit sehingga pengsan membuatkan lelaki terbabit terpaksa dibawa keluar.
Datang atas jemputan oleh pengantin perempuan sendiri
Menurut bekas kekasihnya itu, dia datang ke sana atas sebab dijemput sendiri oleh pengantin perempuan.
“Saya datang ke sana atas jemputan, saya hargai, Saya datang juga bersama dengan keluarganya pengantin perempuan. Niat saya baik datang ke sana.
“Malah saya rela datang dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia,” katanya.
Lihat video penuh ini di bawah:
Kesian pengantin lelaki.. rupanya bini masih sayang ex. Ex pulak muka macam Brad Pitt. pic.twitter.com/OSeb4tidaZ
— Maria Mariana (@naimazharrr) December 13, 2020
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai video berkenaan
Semalam ada baca dkt fb page indonesian ni. Yg datang tu ex husband dia. Dorang dipaksa cerai sbb family perempuan tu tak suka lelaki tu org susah. Bila dh cerai, parents pulak paksa kahwin dgn org lain yg kaya dr ex husband dia. Maybe they still love each other huhu
— Αικατερίνη (@xkatyfernandez) December 13, 2020
Ex dia tu dijemput la…tu ex husb. Diaorg terpaksa cerai sbb ex dia tu miskin
— (@TheOnlyRasyidah) December 13, 2020
Kalau sayang ex kenapa kahwin……
— Erica Sofea (@nshaaff) December 13, 2020
i saw the actual video on tiktok and the indons said that she was married because of the parents/family pressure and also the new husband is apparently rich. dunno true or not la
— sushi (@sushiroyce) December 13, 2020
This is sad ,she gonna live with someone that she doesnt even love,thats what i was thinking living alive with someone that you don’t want,and all sadness heartbroken and her ex just make it worst
— mas_bao (@frydexx) December 13, 2020
taktahu nak kesian dkt sape, mungkin family yg paksa kawin, but kesian la, kesian dkt bakal husband sbb wife tak move on, kesian dkt prempuan, sbb terpaksa kawin dgn org yg dia tak sayang, dan kesian dkt ex sbb terpaksa melepaskan, whatever it is, doa yg baik2 je la:”)
— chitoge (@aqiilllah) December 13, 2020
Jangan ngundang mantan ke nikahanBuat mantan juga, jangan dateng kalo ga diundang..Saling menghormati pasangan yang baru ajaa..Kecuali udah move on 100000%
— isaasi (@fahrunisamanda) December 14, 2020
Pelajaran 1, JANGAN PERNAH DATANG KE KONDANGAN MANTAN BARENG TEMEN, pisahnya udah baik-baik malah dapet tatapan sinis dr keluarga mantan gara-gara bikin gaduh berjam-jam di rumahnya.
— Minke (@WOWipan) December 14, 2020
Seharusnya mantannya harus bijak, jangan datang. Buat mempelai prianya jadi pelajaran, jangan karena mapan anda mau langsung menawan. Pelajari dulu. Buat mempeleai wanitanya, semoga cepat dipanggil agar keluarga pria puas
— Adil Patawai Anar (@katakataii) December 14, 2020
Penangan ex sampai jadi macam ni ya 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!