Saturday, April 20, 2024
HomeNews Pemain Basikal Poland Jatuh Lepas Cuba Provoke Shah Firdaus Buat Rakyat...

[VIDEO] Pemain Basikal Poland Jatuh Lepas Cuba Provoke Shah Firdaus Buat Rakyat Puas Hati

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 hampir melabuhkan tirainya tidak lama lagi

Seluruh rakyat Malaysia gamat dengan acara berbasikal semalam yang melibatkan dua atlet kebanggaan negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Mereka berdua berjaya mara ke peringkat seterusnya dan sudah pasti kita semua mengharapkan emas milik Malaysia kali ini.

Namun, tular pula sebuah video di TikTok gara-gara pemain basikal dari Poland yang bertanding dengan Shah Firdaus mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

Lihat video penuh itu di bawah:

@afnannazli

Puas hati walaupun kena pysco . Alhamdulillah layak ke pusingan seterusnya ##fyp ##olympics ##tokyo

Meraih Bintang – Via Vallen

Cuba provoke main langgar-langgar tayar, sekali lain pula yang jadi

Menerusi perkongsian video daripada @afnannazli, kelihatan atlet dari Poland itu pada mulanya seolah-olah sengaja ingin bermain psycho dengan Shah Firdaus dengan menonggekkan punggungnya beberapa kali.

Bukan itu saja, rakaman tersebut juga menunjukkan dia sempat melanggar tayar depan Shah Firdaus sebelum mereka meneruskan final lap.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila Shah Firdaus terlanggar tayar basikal dan membuatkannya terjatuh dan terseret hingga ke bawah velodrome.

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

“Baru jumpa basikal, belum jumpa Myvi lagi” – Netizen

Insiden itu ternyata membuatkan rata-rata rakyat Malaysia naik geram melihatnya dan berpuas hati apabila Shah Firdaus berjaya mengalahkan atlet Poland itu selepas mereka bertanding semula.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 2.1M views, 184.3K likes dan 9.2K shares di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok;

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Image via @afnannazli (TikTok)

Apa-apa pun, tahniah Shah Firdaus! Kami semua mendoakan semoga pingat emas milik Malaysia <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments