[VIDEO] Paralimpik Tokyo 2020: Bonnie Raih Emas Pertama Negara Dalam Acara Powerlifting

0
275

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Atlet negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting kategori 72 kg di Sukan Paralimpik Tokyo sebentar tadi

Dia berjaya melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.

Bonnie cuba memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231 kg tetapi tidak berjaya.

Image via Bernama

Image via Bernama

Image via Bernama

Image via Bernama

Dia sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018

Keputusan itu meyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.

Tonton video penuh detik kemenangan Bonnie berjaya menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting kategori 72 kg di bawah: