Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kejadian anak terkunci di dalam kereta sudah menjadi kebiasaan di Malaysia
Kita sering digemparkan berita tentang anak yang ditinggalkan dalam kereta disebabkan ibu bapa pergi membeli barang di kedai.
Perkara ini amat membahayakan kerana pengudaraan tidak berlaku jika seseorang itu terperangkap dalam kereta. Kejadian ini boleh menyebabkan seseorang itu hilang nyawa akibat kekurangan oksigen.
Namun begitu, tular baru-baru ini berkenaan video di Facebook tentang orang awam mengejutkan seorang kanak-kanak yang tertidur di dalam kereta mencuri tumpuan netizen.
Kejut kanak-kanak perempuan yang tertidur lena sampai goyang kereta berkali-kali
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 47 saat itu, kelihatan bahawa seorang ibu sedang panik mengetuk tingkap kereta untuk mengejutkan anaknya yang tertidur lena.
Wanita itu bernasib baik kerana orang awam sedia membantu untuk mengejutkan anak perempuannya. Sekumpulan orang awam bertindak goyang kereta supaya anak perempuan itu bangun daripada tidur.
Anak perempuannya kelihatan liat untuk bangun setelah kereta itu bergoyang berkali-kali. Tidak lama kemudian sebaik saja dia bangun, dia kelihatan terkejut dan terpinga-pinga apabila orang ramai mengetuk cermin kereta supaya menyuruhnya buka tingkap.
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
“High concentration of carbon dioxide and carbon monoxide will make people sleep and die later in sleep” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih 666K views, 8K retweets, 2K quote tweets dan 11K likes di Twitter.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa marah dengan kejadian ini. Malah, ada yang menyalahkan ibu tersebut kerana tinggalkan anaknya di dalam kereta.
Ada juga yang bangga melihat rakyat Malaysia bertungkus lumus menolong antara satu sama lain tidak kira bangsa.
Berikut di bawah merupakan komen daripada netizen di Twitter:
Dah banyak kali kan kes mcm ni. Parents never learn ke apa? Ke parents jenis duduk dalam gua tak tau ada kes orang lemas sebab tidur dalam kereta?
— putrirazana (@puterkkkk) April 25, 2021
boleh tak kerajaan bagi budak budak masuk dalam market or mall sediakan satu tempat untuk budak budak ni tunggu. playground ke. but make sure ada orang besar tengokkan. tulis nama anak and parents sekali. kalau apa apa buat announcement. ni biarkan macamni, bahaya woii
— #StayAtHome شَ (@janganmenyebuk) April 25, 2021
Masing2 salah kan mak dia sebab tinggalkan anak dalam kereta . Lepastu kenapa bawak anak pergi tmpat yang tak boleh bawak budk masuk . Mana tahu time tu memang tinggal diaorng berdua je . Tak kan dia nak tinggalkan anak dia dekat rumah macam tu je .
— Ajiyaa (@AxiraSharima) April 25, 2021
I got goosebumps watching..waiting for her to wake up..but these good samaritans touched my heart.. doing what they do best.caring for others
— suez (@teslian4life) April 25, 2021
Aku husnudzon lah.. mungkin lepas mak dia amik balik sekolah.. nak gi beli barang mungkin tak smpai 5 minit. Suruh anak dia kunci pintu. Pastu terlelap. Yg geram nya trlelap skjap trus tido mati tu.
— RizzTheTomato (@harizzrizz) April 25, 2021
kes macam ni boleh tak kalau kita pecahkan tingkap tu? ada kalau kita buat boleh dikenakan tindakan ke?
— (@waninunana) April 25, 2021
Bebilang bangsa dan agama yang datang menghulurkan bantuan, inilah semangat Malaysia yang kita banggakan thank you gaisss
— Ted Bear (@MrTedBear___) April 25, 2021
Bahaya sebenarnya takut dia tak bangun sebab kekurangan oksigen bukan sebab dia tidur mati. Tingkap pun mmg nampak semua tertutup je tu.
— Adib D. Roger (@Adbshukrie) April 25, 2021
To anyone yang tinggal sesiapa je dalam kereta sekejap or lama especially kids, at least bukak kan la tingkap sikit untuk diorang. Takut jadi case macam ni, nasib masyarakat sekeliling prihatin.
— zahid (@zahIDGAF) April 25, 2021
Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar kepada para ibu bapa di luar sana.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang
Image via SAYS Seismik

