Sunday, May 5, 2024
HomeNews Macam Nak Tercabut Nyawa, Lelaki Ini Panik Awek Selamba Bawa Kereta...

[VIDEO] Macam Nak Tercabut Nyawa, Lelaki Ini Panik Awek Selamba Bawa Kereta Lalu One Way

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sebut je bab memandu, pasti orang perempuan yang sering disalahkan kerana kecuaian dan sebagainya bukan?

Jika kita dapat lihat, kebanyakan pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya kebiasaannya kaum perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

Tidak dapat dinafikan, orang perempuan kalau memandu memang kurang cermat dan ‘main langgar’ saja. Namun, ada juga pemandu lelaki yang cuai, bukan semua salah perempuan.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman di laman TikTok memaparkan seorang lelaki yang panik apabila menaiki kereta bersama teman wanitanya mencuri tumpuan warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fynaaaz

Jangan percaya bila perempuan cakap nak bawak kereta ##xyzbca ##AwesomeDollaRaya ##MakeItBiggerMY ##MakeMomEpic ##fyp

Panik ngga – Ragil

Baru je seronok awek offer nak bawa kereta, sekali tak sampai 5 minit dah buat hal

Menerusi perkongsian video daripada akaun Fyna & Naz, kelihatan pada awalnya lelaki itu seronok kerana teman wanitanya menawarkan diri untuk membawa kereta semasa mereka keluar dating.

Namun, keseronokan itu hanya sementara gara-gara gadis itu tersalah masuk jalan iaitu memandu di one way. Perkara itu sekali gus membuatkan teman lelakinya panik dan menyuruh dia memberhentikan kereta.

Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi gadis tersebut yang selamba menyuruh teman lelakinya rileks seolah tidak ada apa-apa yang terjadi.

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

“Macam mana dia boleh tenang je, kalau aku gelabah sampai tak jumpa gear. Perempuan selalu betul, dah salah pun boleh kata lek lek” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 859.2K views, 91.4K likes dan 4.1K shares di laman TikTok.

Manakala hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video itu. Malah, ramai yang bersetuju dengan statement lelaki itu di kapsyennya iaitu “jangan percaya bila perempuan cakap nak bawa kereta”.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Image via @fynaaaz (TikTok)

Jadi, lepas ni hati-hati kalau awek atau isteri korang offer nak bawa kereta okay? 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments