Tuesday, October 8, 2024
HomeBREAKING NEWS Lelaki Ini Teruja 'Test Drive' Lamborghini, Tapi Akhirnya Lain Pula Yang...

[VIDEO] Lelaki Ini Teruja ‘Test Drive’ Lamborghini, Tapi Akhirnya Lain Pula Yang Jadi

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk membeli kereta idaman satu hari nanti

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri dalam pemilihan kereta yang ingin dibeli.

Ada juga yang memasang impian untuk memiliki kereta berjenama luar negara, ada juga yang tidak kisah tentang brand janji ada kereta sendiri yang selesa untuk diguna.

Tidak terkecuali dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini, apabila seorang pengguna telah memuat naik satu rakaman mengenai kawannya yang sedang test drive kereta Lamborghini untuk dibawa balik ke rumah.

Namun, lain pula yang berlaku di hujung video yang membuatkan kedua-dua mereka cemas dan menjerit.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sebuah kereta Perodua Axia secara tiba-tiba drift di laluan sebelah kanan mereka dan membuat U-turn

Semasa lelaki itu sedang excited memandu Lamborghini baru miliknya di atas jalan raya, sebuah kereta Axia tiba-tiba muncul di sebelah kanan mereka dengan laju dan sempat reverse.

Mujur mereka sempat untuk mengelak dari berlanggar dengan kereta Axia tersebut. Jika tidak, sudah pasti kemalangan teruk berlaku.

Rakaman tersebut telah mengundang tawa netizen di Twitter kerana reaksi spontan lelaki tersebut yang menghiburkan telah mencuit hati mereka.

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima hampir 330,000 tontonan dan 11,000 likes di Twitter

Susulan tularnya video itu di laman Twitter, rata-rata netizen yang meninggalkan komen terhibur dengan aksi spontan lelaki itu yang menjerit sebaik saja hampir berlanggar dengan kereta Axia tersebut.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan kereta Axia itu laju seperti dalam cerita Fast & Furious dan pada mulanya mereka ingat itu kereta Myvi kerana sudah menjadi kebiasaan kereta Myvi sering menjadi punca sesuatu kemalangan.

Namun, ada juga yang prihatin ingin tahu apa yang terjadi kepada kereta Axia itu selepas berlakunya insiden terbabit.

Antara komen menarik daripada netizen:

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Image via @Khairul_35 (Twitter)

Nasib baik tak jadi apa-apa. Stay safe okay guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments