Friday, May 17, 2024
HomeNews Konsep Seram Panggung Wayang Pandu Lalu Ini Buat Ramai Netizen Mahu...

[VIDEO] Konsep Seram Panggung Wayang Pandu Lalu Ini Buat Ramai Netizen Mahu Cuba. Menarik!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, baru-baru ini telah pun berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di beberapa buah negeri kerana kes peningkatan yang mendadak

Disebabkan itu, beberapa sektor dan aktiviti hiburan terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan wabak ini daripada terus merebak.

Antara sektor tersebut ialah panggung wayang. Hal ini kerana panggung wayang membabitkan orang ramai berkumpul di dalam satu tempat yang sama.

Namun, tular satu video perkongsian di Twitter mengenai keinginan netizen berharap agar Malaysia mempunyai panggung wayang pandu lalu pada masa akan datang.

Lihat video penuh itu di bawah:

malaysia takde ke pic.twitter.com/cdpA4Q6Asx

— Balqis (@qtbals) May 6, 2021

Netizen cadangkan agar buat satu konsep yang sama di Malaysia

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan panggung wayang berkonsepkan pandu lalu itu berada di luar negara dengan pengunjung hanya perlu berada di dalam kereta saja semasa menonton filem.

Bukan itu saja, tetapi mereka juga ditakutkan dengan beberapa ‘hantu’ ketika menonton filem seram terbabit. Difahamkan ketika itu pengunjung di sana sedang menonton filem seram popular iaitu Insidious.

Apa yang lebih menarik ialah suasananya dilihat begitu mengagumkan dan berjaya untuk penonton merasai suasana seram itu. Malah, maskot tersebut turut mendekati kereta-kereta pengunjung dengan mengejutkan mereka semasa menonton filem itu.

Image via @qtbals (Twitter)

Image via @qtbals (Twitter)

Image via @qtbals (Twitter)

“Wei ni kena make sure lock kereta siap-siap” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata mereka juga mengharapkan agar konsep itu boleh dibuat di Malaysia.

Malah, ada juga yang memberi pelbagai reaksi mereka selepas menonton video tersebut, lebih-lebih lagi terhadap ‘hantu’ yang akan mengacau mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 80.8K views, 3,187 retweets dan 2,946 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

@husnas302 wehhh macam seronok jaaa

— ikaaaaaaaa (@clinomania_8) May 7, 2021

Wei ni kena make sure lock kete siap2…mampos kita dok sepak terajang dalam tu nanti

— Husna Zulkifli (@husnas302) May 7, 2021

Jenis reflex tekan pedal minyak time terkejut, memang disaster kalau bawak sini.

— Mi Kari Kuah Laksa (@theltboss) May 6, 2021

takut tetekan minyak ni sebab tekejut

— mimïee_ (@umairahhas) May 6, 2021

Sunway kena buat mcm ni utk tahun ni punya night of fright @SunwayLagoonMY

— Datin Sri (@najiehazman) May 6, 2021

@kimhzwanie gempak bhai

— kidrauhl (@aemehny) May 6, 2021

wehhh nk gakkk haha minat benda2 mcm ni

— Animaras (@animaaras) May 6, 2021

Kalau Malaysia punya, mesti kite sergah dia balik pastu gelak2 pastu tarik2 baju dia..

— Orange Flavour (@ShudGharazali) May 7, 2021

Ni kalau terkejut tertekan minyak habis!

— Inn (@InnJualiPhone) May 6, 2021

Harap-harap panggung wayang konsep ni ada dekat Malaysia. Best ni rasa mencabar 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments