Tempat tinggal tentunya menjadi perkara paling penting untuk kita agar dapat berteduh dan berehat
Disebabkan harga rumah yang sangat mahal pada masa ini ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai yang tidak mampu membeli rumah.
Jadi, mereka mengambil keputusan untuk menyewa rumah saja, penyewa ini pula kebanyakan terdiri daripada dalam kalangan pelajar, golongan bujang dan juga tidak kurangnya yang sudah berkeluarga.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki telah berkongsi keadaan bilik penyewanya yang sangat kotor dan bersepah sehingga tidak nampak lantai.
Lihat video penuh itu di bawah:
How come… pic.twitter.com/T1W2vAJWIQ
— FJ (@FLjasmy) February 27, 2021
Bilik sewa dibanjiri dengan sampah sampai tak nampak lantai
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan lelaki itu menunjukkan keadaan bilik yang disewa berada dalam keadaan kotor dan bersepah sehingga menimbulkan marahnya.
Tidak hanya itu, lelaki berkenaan turut membebel kerana tidak menyangka walaupun penyewa itu belajar tinggi dan mempunyai kerja yang bagus tetapi perangainya masih berada di tahap yang bawah.
Dia juga meluahkan rasa sedih ketika melihat keadaan bilik tersebut. Malah, bilik itu sangat bersepah sehingga tidak menampakkan lantai bilik berkenaan.
“Ini kalau gelandangan masuk pun dia keluar balik” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terkejut melihat keadaan bilik terbabit.
Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan bagaimana penyewa itu hidup dalam keadaan bilik yang kotor dan bersepah seperti itu. Ada juga yang berpendapat mungkin penyewa itu mengalami gangguan mental.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 138.9K views, 2,037 retweets dan 1,541 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
i think the person who lives there have hoarding disorder pic.twitter.com/khnkxGDVBd
— (@fivethirtysky) February 27, 2021
Gelandangan pun tak sempat masuk dia intai dari luar je tengok camni terus pergi bawah jambatan balik
— Jane (@nitafShamS) February 27, 2021
Ini kalau gelandangan masuk pun dia keluar balik oh.
— BENJIE (@Benjiee420) February 27, 2021
Hoarder disorder. kebiasaannya ade mslh mental, biasa susah nk lpskn sesuatu sbb org tingglkn dia etc. Better tegur org mcmni in private.. tapi klu perangai pengotor tu lain crita. Please ask them to seek help. There’s always behind story pic.twitter.com/ucvY0djdiK
— MoOn (@M00nAac) February 28, 2021
Serious la ade orang tinggal sini. Ni mcm tmpt buang sampah je?
— Mamduh alQadri (@mamduh95) February 27, 2021
Tikus lipas kawan setidur dia ni. Bff. Dia balik kelas je lipas tu ckp ‘what’s up gengg. Kfc smlm ad lg ni. Malam ni xyah beli dinner dh lmao’
— Put (@tiqaharchuleta) February 28, 2021
i think this type of people ni depressed or mmg malas.
— ummi (@kcy__rs) February 27, 2021
Dalam hidup ni perkara paling asas adalah sikap dan akhlak. Kaya ke bijak ke cantik ke tu tak guna jugak kalau ada sikap pemalas dan pengotor ni.
— Bila Nak Habis Study (@_soultz_) February 27, 2021
How can someone live in this kind of mess like seriously howw ????
— Babyna (@iamnradyana) February 27, 2021
wehhh kotornya…camner hidup nii
— linon_wear (@sitihawaauni98) February 28, 2021
mcamna dia boleh bernafas dlam bilik tu
— (@oppiestrawberry) February 27, 2021
Aku dok terfikir dia jalan cane, terbang ke apa
— Azri Sukor (@azriisukorr) February 27, 2021
Kotornya bilik dia, macam mana dia masih boleh tinggal dalam keadaan macam tu 🙁
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!