Sunday, May 19, 2024
HomeNews Guna Alasan KJ Letak Jawatan, Petugas Ini Dikecam Ramai Tak Bagi...

[VIDEO] Guna Alasan KJ Letak Jawatan, Petugas Ini Dikecam Ramai Tak Bagi Rakam Masa Suntik

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengambilan vaksin dilihat kini semakin mendapat sambutan dari ramai orang

Difahamkan kemasukan kes positif ke dalam ICU juga semakin berkurangan. Hal ini sedikit sebanyak dapat menujukkan keberkesanan selepas divaksin.

Ramai yang berkongsi perjalanan dan video suntikan di media sosial mereka untuk dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang petugas kesihatan dikecam ramai kerana melarang seorang pemuda untuk merakam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Punya la happening nurse tu layan siap bagi record . Datang sorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan . biadap nasib record memang saja nak bagi family je pic.twitter.com/jdUdiTi5HC

— healer (@winraffm) August 25, 2021

Baru nak rakam video masa suntik sekali dihalang seorang pegawai kesihatan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda ketika itu sedang bersiap sedia untuk mengambil suntikan vaksin dan telah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam momen itu.

Dia juga dilayan baik oleh jururawat yang mahu menyuntiknya sebelum itu dan turut membenarkan dirinya untuk dirakam

Namun semasa dia mahu merakam proses tersebut, datang seorang pegawai kesihatan secara tiba-tiba yang memberitahunya untuk tidak merakam.



Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pegawai itu memberikan alasan bahawa Khairy Jamaluddin tidak lagi menyandang jawatan tersebut dan memberitahu prosedur KKM kepadanya. Perkara itu membuatkan pemuda itu terkejut dan terpaksa menghentikan rakaman tersebut.

Image via @winraffm (Twitter)

Image via @winraffm (Twitter)

“Eh geramnya aku dia cakap macam tu weh” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka kepada pegawai tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi nasib sama di tempat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 551.3K views, 9,146 retweets dan 11.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

tbh, i do support those yg buat video masa vaccination. sangat2 membantu untuk promote awareness vaccination ni sebenarnya selamat.those yg halang tu apa sebenarnya yg berada dalam otak dorang eh?lagipun, we are all wearing mask and no one barely recognized us pun?

— parijuan (@parihjuan) August 26, 2021

Kat labis johor pun tak dibenarkan record terpampang kat dewan tu tak boleh snap or record. Bosannn

— (@FARAHHANIKASSIM) August 26, 2021

Aku masa 1st dose haritu, peg. Rela kat situ ada bagitau “camera semua simpan eh tak boleh record”. Tapi sampai je turn aku kena cucuk, aku mintak izin nurse tu utk record sebab buat kenangan, dia kata boleh janji jgn nampak muka dia.

— nepp (@hanief_ramli) August 26, 2021

patutnya boleh je rakam asalkan jgn nampak muka nurse doctor tu semua ‍

— FoxtrotAlpha (@norarfaa) August 26, 2021

ehhhh geramnya akh dngr dia ckp weh dhdhshaghddf

— nabiha (@naaabihaaa) August 26, 2021

selalu dah org mcm ni, yg tak function dlm kehidupan diorang nak rasa berguna mmg selalu power trip mcm ni, selalunya guard guard yg over lebih,Ignore je diorang next time,

— shiroyatsu (@hariz44577106) August 26, 2021

kj dah letak jawatan, puan bila lagi

— (@yaranotyara) August 26, 2021

Tak rileknya. Nurse tu okay je ishh

— نس (@aaszmzri) August 26, 2021

Aduhai, dia dah excited nak rakam tunjuk dekat family, tiba-tiba jadi pula macam ni 🙁

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments