Siapa je yang tak ada pengalaman bercinta dan kenangan manis bersama bekas kekasih
Lebih-lebih lagi jika sesuatu hubungan itu sudah lama dan terputus di tengah jalan, pasti susah untuk move on.
Begitu juga dengan remaja lelaki ini yang bernama Shahir, di mana videonya tular di laman sosial TikTok apabila dia menunjukkan pendrive yang digunakan untuk menyimpan semua kenangan bersama bekas kekasihnya.
Teringat kenangan lama, Shahir telah membuka pendrive itu di laptopnya dan mengimbau kembali gambar dan video bekas teman wanitanya.
Lihat video penuh di bawah:
@caerajaliii 23/11 🙂
Masih belum move on, Shahir tak sedar air mata jantan gugur bila melihat semua gambar dan video ex-girlfriendnya
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Shahir kelihatan tidak dapat menahan air matanya selepas membuka folder yang berisi gambar dan video kenangan dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sejak setahun yang lalu.
Kerana terlalu sayang dan rindukan bekas teman wanitanya itu, Shahir masih tidak dapat move on dan padam semua kenangan mereka.
Namun di akhir video tersebut, Shahir mengambil keputusan untuk tidak sambung membelek folder itu dan masih bersyukur kerana dia dan bekas teman wanitanya tetap berhubung sebagai kawan walaupun sudah putus.
“Aku nak mintak satu, kau bahagialah dengan boyfriend kau. Aku tumpang bahagia,” katanya.
“First time jumpa lelaki yang still tak boleh move on dengan ex-girlfriend dia” – Warganet
Susulan tularnya video itu di TikTok sehingga mendapat hampir 350,000 tontonan, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut bersimpati dan faham akan situasi Shahir.
Mereka memberikan ucapan ‘stay strong’ dan mendoakan supaya Shahir dapat jumpa pengganti yang lebih baik nanti. Ada juga yang berkata ini pertama kali mereka jumpa lelaki yang setia dan menangis sebab perempuan sebab tidak boleh move on.
Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Apa-apa pun, semoga Shahir dapat move on dan jumpa pengganti yang lebih baik 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!