Thursday, September 19, 2024
HomeBREAKING NEWS Geng Basikal Gigih Kayuh Naik Bukit, Sekali 'Terciduk' Tengok Budak Selamba...

[VIDEO] Geng Basikal Gigih Kayuh Naik Bukit, Sekali ‘Terciduk’ Tengok Budak Selamba Potong

Akhir-akhir ini aktiviti berbasikal sering dilihat menjadi pilihan terutamanya dalam golongan anak muda

Aktiviti beriadah seperti ini sangat digalakkan kepada umum kerana dapat membantu meningkatkan stamina dalam diri.

Malah, aktiviti ini sudah menjadi trend pada masa kini. Kita sendiri boleh lihat banyak geng basikal di merata-rata tempat sekarang.

Tetapi, lain pula dengan kisah lucu ini yang dihadapi oleh sekumpulan geng berbasikal apabila video mereka bersama seorang budak mencuri tumpuan ramai.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita Harian

Nampak gigih kayuh basikal masa nak naik bukit

Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan geng basikal sedang beriadah.

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka agak struggle untuk mengayuh basikal yang ketika itu sedang menaiki bukit sebelum berlaku satu insiden yang lucu.

Muncul seorang budak selamba potong dan kalahkan mereka

Namun, satu insiden melucukan berlaku ketika mereka sedang menaiki bukit apabila seorang budak lelaki berbaju biru muncul dan memecut mereka.

Dia juga memotong mereka tanpa menunjukkan sebarang tanda keletihan malah terus maju ke depan.

Lihat video penuh ini di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen memberi reaksi terhibur mereka melihat kejadian tersebut

Selamba je budak tu pecut ya. Memang terciduklah geng basikal tengok.

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments