Friday, May 17, 2024
HomeBREAKING NEWS Gelagat Baby Nak Termuntah Lepas Kena Cium Dengan Ayah Buat Ramai...

[VIDEO] Gelagat Baby Nak Termuntah Lepas Kena Cium Dengan Ayah Buat Ramai Terhibur

Setiap lelaki yang bergelar bapa pastinya mempunyai cara mereka sendiri untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak

Jika kebiasaannya kita sering melihat bapa sebagai seorang yang tegas dan serius sepanjang masa. Namun, ada kalanya mereka juga ingin bermanja dengan anak-anak.

Lain pula yang terjadi kepada seorang bapa ini apabila sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok menunjukkan gelagat suaminya mencium anak mereka yang masih bayi menjadi tular.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@meowsayanggg

original sound –

Anak sampai nak termuntah selepas dicium ayah di bahagian mulut

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, bayi tersebut menunjukkan reaksi seperti nak termuntah sebaik saja dicium ayahnya beberapa saat di bahagian mulut.

Apa yang lebih melucukan apabila si ayah siap membebel kata “woi, adik kurang ajar ingat mulut ayah mulut neraka” dengan nada jenaka.

Ayahnya kemudian sekali cuba untuk mencium anaknya itu dan reaksinya tetap sama seperti mahu termuntah.

Image via @meowsayanggg (TikTok)

“Mungkin papa dia makan petai” – Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat lebih 3 juta tontonan di TikTok, rata-rata warganet terhibur dengan telatah spontan dan comel bayi itu.

Ada yang sampai tengok video tersebut berulang kali kerana mereka berpendapat reaksi bayi itu kelakar seolah-olah faham dengan gurauan ayahnya.

Antara komen menarik daripada warganet:

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Image via @meowsayanggg (TikTok)

Adoi selamba je budak tu perli papa dia ya 😀

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments