Tuesday, September 17, 2024
HomeBREAKING NEWS Disunting Dengan Lagu Iklan Adabi, Kumpulan K-pop Ini Buat Ramai Netizen...

[VIDEO] Disunting Dengan Lagu Iklan Adabi, Kumpulan K-pop Ini Buat Ramai Netizen Terhibur

Produk keluaran daripada Adabi adalah salah satu jenama yang terkenal di Malaysia

Jika dilihat dalam televisyen, pasti ada saja iklan produk keluaran mereka itu. Mereka juga sering mempromosikan produk dengan lagu dan lirik yang pasti akan melekat di telinga bila mendengarnya.

Lagu iklan Adabi juga adalah salah satu iklan yang akan mengimbau zaman kanak-kanak kita semua. Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila lagu iklan Adabi telah disunting dengan muzik video sebuah kumpulan K-pop.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila lagu iklan Adabi telah disunting dengan muzik video sebuah kumpulan Kpop.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Adabi (Facebook)

Muzik video asal disunting menjadi lagu iklan Adabi

Menerusi muzik video yang bertajuk Cooking Video, kelihatan ahli kumpulan Stray Kids atau SKZ sedang memasak dengan mengenakan pakaian lengkap di dapur.

Tetapi, salah seorang pengguna Twitter telah berkongsi beberapa klip daripada video tersebut dengan suntingan dan dipadankan dengan lagu tema Adabi sehingga kelihatan seperti iklan sebenar.

Sementara itu, warganet juga turut memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video berkenaan dan ada yang kagum dengan hasilnya

Ada-ada saja netizen ni. Sampai kumpulan K-pop pun kena sunting 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments