Friday, May 17, 2024
HomeBREAKING NEWS "Dah Macam Suneo" - Tengah Syok Tidur, Member Prank Konon Ada...

[VIDEO] “Dah Macam Suneo” – Tengah Syok Tidur, Member Prank Konon Ada Orang Call. Lawak!

Tipulah kalau anda tidak pernah bergurau dan buat prank dekat kawan-kawan

Lumrah dalam setiap persahabatan, pasti ada di antara kawan-kawan kita yang ‘masuk air’ dan suka menyakat. Walaupun kadang-kadang geram dengan perangai mereka, namun mereka jugalah yang menjadi penghibur hati.

Sama juga seperti video viral di laman aplikasi TikTok ini yang telah mencuri tumpuan hampir 8 juta penonton apabila seorang remaja lelaki disakat kawannya semasa dia sedang lena tidur.

Video tersebut telah membuatkan ramai terhibur dengan reaksi spontan remaja lelaki itu yang mengigau sambil melayan kawannya yang menyakat.

Lihat video penuh di bawah:

@kalealfaizy

satu lagi ni

original sound – softboi

Member sengaja bagi casing telefon konon ada orang call

Menerusi video yang berdurasi 18 saat itu, pemilik akaun TikTok bernama @kalealfaizy dilihat sedang mengenakan kawannya yang sedang lena tidur.

Dia kemudian menghulurkan casing telefon kepada kawannya itu dan memberitahu kononnya ada panggilan kecemasan yang perlu segera dijawab.

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Sempat bercakap dalam ‘telefon’ walaupun tengah mamai

Remaja lelaki yang sedang tidur itu terus mengambil ‘telefon’ dan berborak seperti betul-betul ada orang call.

Apa yang lebih melucukan, dia siap memuncungkan mulutnya ke depan dengan mukanya yang kelihatan blur semasa gigih menjawab soalan daripada si pemanggil.

Kawan-kawannya yang berada di situ juga turut tertawa melihat gelagat remaja lelaki itu kerana ia cuma sekadar lakonan dan mereka tidak expect reaksinya lawak seperti itu.

Image via @kalealfaizy (TikTok)

“Tolong betulkan mulut dia. Ke depan sangat dah tu” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu sudah meraih hampir 8 juta tontonan serta 713,900 tanda suka dan 11,800 komen di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video itu berasa terhibur melihat gelagat remaja lelaki itu yang kelakar semasa mengigau walaupun dia hanya memuncungkan mulutnya.

Mereka juga menyamakan dia seperti watak kartun popular dalam cerita Doraemon, iaitu Suneo. Bak kata netizen, Suneo next generation.

Antara komen menarik daripada netizen:

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Image via @kalealfaizy (TikTok)

Adoi, hari tu viral suara macam Doraemon. Kali ni Suneo pulak. Macam-macam hal lah korang ni 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments