Home News [VIDEO] Cikgu Sekolah Memandu ‘Tepuk Dahi’ Lepas Tengok Cara Mak Cik Ini Elak Ujian Titi

[VIDEO] Cikgu Sekolah Memandu ‘Tepuk Dahi’ Lepas Tengok Cara Mak Cik Ini Elak Ujian Titi

0
[VIDEO] Cikgu Sekolah Memandu ‘Tepuk Dahi’ Lepas Tengok Cara Mak Cik Ini Elak Ujian Titi

Setiap orang pasti ada pengalaman kelakar masing-masing semasa mengambil ujian memandu bukan?

Tidak kiralah lesen memandu kereta atau pun motor, setiap ujian pasti mempunyai kesukaran yang tersendiri sehingga membuatkan ramai kecut perut sebelum memulakan JPJ test.

Malangnya, bukan semua orang dapat melepasi ujian memandu dengan sekali cubaan saja, ada yang sampai terpaksa mengambil lesen lebih daripada dua kali kerana terlalu gugup sehingga gagal setiap kali ujian.

Namun lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang mak cik dikatakan ‘mengelat’ semasa menjalani ujian memandu motor B full.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@shyamakeover54

HAHAHAHA TGK SAMPAI HABIS WEH

Gua Lover Not A Fighter – •нυхaιмιq•

Selamba elak naik titi sampai cikgu memandu pun pening tepuk dahi

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dimuat naik oleh anak kepada mak cik itu, kelihatan ibunya sedang memandu motosikal berkuasa tinggi semasa mengambil lesen B full.

Namun apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja tiba di titi, mak cik itu dengan selambanya mengelak daripada lalu atas titi tersebut dan hanya melintasi dari bawah kerana takut jatuh.

Pening melihat gelagat mak cik berkenaan, cikgu memandu yang kebetulan berada di situ sempat menegur sebelum menepuk dahinya.

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

“Tu namanya seiring dan sejalan, perempuan selalu betul” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 87.4K tontonan, 5.6K tanda suka serta 209 perkongsian di TikTok.

Manakala hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu yang selamba elak daripada lalu di atas titi.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Image via @shyamakeover54 (TikTok)

Selamba betul mak cik ni ya, korang jangan ikut pulak tau 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: