Monday, December 23, 2024
HomeBREAKING NEWS "Aku Duduk Jauh" - Kena Berpisah Dah Habis Study, Remaja Ini...

[VIDEO] “Aku Duduk Jauh” – Kena Berpisah Dah Habis Study, Remaja Ini Menangis Depan Rakan

Belajar di institusi pendidikan tinggi bukan saja dapat meluaskan pengetahuan seseorang, tetapi dapat juga pelbagai pengalaman hidup serta berdikari

Di institusi pendidikan tinggi, kita akan dapat berjumpa dengan pelbagai orang daripada seluruh negeri.

Maka terjalinlah satu ikatan persahabatan semasa zaman belajar ini. Mungkin akan dilupakan begitu saja atau mungkin kesedihan pasti dirasai setelah tamatnya pengajian nanti.

Seperti kisah seorang pelajar ini yang tular dan mencuri tumpuan di laman TikTok apabila video dia sedang menangis kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan setelah tamat belajar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via UiTM Library

Sedih kerana kesukaran untuk berjumpa rakan lagi selepas ini

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh salah seorang rakannya, dia dilihat sedang bersedih kerana bakal berpisah selepas tamat semester.

Ternyata video tersebut menyentuh hati ramai apabila salah seorang daripada mereka gagal menahan air mata sambil berselubung dengan selimut.

Remaja lelaki itu menetap di Kedah dan disebabkan jauh dari rakan yang lain, dia menitiskan air mata kerana mungkin mereka akan sukar untuk berjumpa lagi selepas ini.

Rakan pujuk dengan yakin untuk tidak melupakannya

Dalam pada itu, rakan yang lain juga sempat memujuk dan menyakinkan remaja itu dengan memberitahu mereka akan datang melawatnya satu hari nanti.

Mereka juga menyuruh agar dia bersabar dan perlu menghadapi semua ini dengan tenang.

Malah, mereka masih mempunyai group WhatsApp untuk terus berhubung sesama sendiri.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 352.3k tontonan, 41.2k likes dan 560 comments.

@chashaxrmf

Bila dah habis sem dan ramai acah acah sedih jadi kami pon apa lagiii

original sound – chashaaina – chashaXrmf

@chashaxrmf

Reply to @syawalsedim

original sound – chashaaina – chashaXrmf

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut bersedih dan mengenangkan kisah mereka sewaktu tamat belajar

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Image via @chashaxrmf (TikTok)

Zaman belajarlah waktu paling best dapat kenal kawan-kawan dan dapat share macam-macam benda 🙁

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments