UNIQLO DA Square kini telah dibuka secara rasmi dan mereka menawarkan pelbagai promosi khas sempena pembukaan mulai hari ini
Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi negara ke-5 di luar Jepun dan yang ketiga di Asia Tenggara untuk mendirikan bangunan berkonsepkan roadside store ini. Negara-negara Asia yang lain adalah seperti Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan Filipina.
Sekiranya anda pernah berkunjung ke roadside store di Jepun, bangunan yang agak serupa seperti di negara matahari terbit itu juga didirikan di Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara.
Berikut di bawah ialah 7 perkara menarik tentang ‘UNIQLO Roadside Store’ pertama di Malaysia ini yang anda patut tahu:
1. Stor yang besar dan sangat luas
Stor berkeluasan 15,100 kaki per segi ini, direka dengan penuh teliti untuk memastikan ruang yang mencukupi. Supaya pelanggan yang hadir dapat akses ke semua bahagian dan ruang, khusus buat famili dengan anak-anak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
2. Satu-satunya UNIQLO di Malaysia yang menyediakan kelengkapan tempat tidur AIRism
Antara keunikan stor baru UNIQLO ini ialah satu-satunya cawangan UNIQLO di Malaysia yang menawarkan koleksi lengkap tempat tidur AIRism.
Sebelum ini, pelanggan hanya boleh mendapatinya secara online. Kini, koleksi berkenaan boleh dibeli di stor UNIQLO DA Square juga.
Lebih memudahkan buat pelanggan lagi, terdapat pelbagai contoh cadar, kain selimut dari koleksi ini untuk dibuat rujukan.
3. Custom designs pilihan sendiri di sudut UTme!
Sudut UT dan UTMe juga diwujudkan di bahagian belakang stor. Disertakan dengan rak yang mempamerkan koleksi UT dan UTMe terbaru. Ianya bagi memudahkan pelanggan untuk memilih rekaan kemeja T UT dan UTMe mengikut pilihan mereka.
4. Sudut khas untuk ‘Sustainability Corner’
Terdapat juga sudut khas yang dinamakan ‘Sustainability Corner’ buat pelanggan yang berminat bagi mengetahui aktiviti-aktiviti UNIQLO berkaitan kelestarian alam sekitar dalam fesyen UNIQLO dan cara untuk menyertainya.
5. Percuma kod promo Grab untuk digunakan
6. Tawaran istimewa selama tiga hari
Bermula 18 sehingga 20 Disember, 500 pelanggan yang pertama melangkah masuk stor akan menerima ‘goodie bag’ dan setiap pelanggan yang membuat pembelian lebih RM200 atau lebih dalam satu resit akan menerima beg tote istimewa UNIQLO U.
7. UNIQLO jawab 30 soalan mengenai UNIQLO Roadside Store pertama mereka di Malaysia
Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom serbu UNIQLO DA Square sekarang! Tapi, ingat semua orang kena jaga SOP ya 😉
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!