Tuesday, January 7, 2025
HomeBREAKING NEWSUndang-undang tak benarkan kahwin silang agama, nikah luar negara mesti daftar, kata...

Undang-undang tak benarkan kahwin silang agama, nikah luar negara mesti daftar, kata menteri

PETALING JAYA: Perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam tidak dibenarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamed, mengulas isu perkahwinan seorang wanita dengan kapten hoki India.

Beliau menambah orang Islam yang hendak berkahwin di luar negara hendaklah mengemukakan permohonan kepada pendaftar di kedutaan, suruhanjaya tinggi, atau pejabat konsul Malaysia di negara tersebut.

“Perkahwinan ini juga hendaklah didaftarkan selepas pasangan pulang ke Malaysia. Adapun perkahwinan silang agama tidak benarkan dalam perundangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Berkenaan maklumat yang tersebar sekitar perkahwinan tersebut, Zulkifli mengingatkan tangkap layar, rakaman video, atau catatan di media sosial adalah maklumat sekunder atau tertier yang ada kemungkinan sahih atau tidak.

“Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku termasuk perkara terkait dengan status agamanya dan pasangannya,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments