Friday, September 30, 2022
HomeBREAKING NEWSUmno tangguh perhimpunan agung susulan darurat, PKP

Umno tangguh perhimpunan agung susulan darurat, PKP

Perhimpunan agung Umno (PAU) dijadualkan pada 30 dan 31 Jan ini ditangguhkan.

PETALING JAYA: Umno menangguhkan perhimpunan agung parti itu yang sepatutnya diadakan 30 Jan ini.

Setiausaha agung parti Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu dibuat susulan proklamasi darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan.

“Tarikh baru akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, perhimpunan agung Umno (PAU) dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Jan ini.

Ahmad Maslan berkata, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bersetuju pemilihan parti itu di semua peringkat diteruskan seperti dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun ini.

“Semua ahli Umno dingatkan sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu membela dan membantu rakyat,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments