Saturday, May 4, 2024
HomeBREAKING NEWSTV Kanada tunjuk rakaman kamera tersembunyi dari kilang Top Glove

TV Kanada tunjuk rakaman kamera tersembunyi dari kilang Top Glove

Gambar yang dimuat naik CBC News daripada rakaman kamera tersembunyi menunjukkan talian pengeluaran sempit, keadaan tempat tinggal teruk dan kawasan ujian saringan Covid-19 yang sesak. (Gambar CBC)

PETALING JAYA: Rakaman kamera tersembunyi daripada pemeriksaan samaran di sebuah kilang Top Glove disiarkan menerusi satu laporan televisyen Kanada yang berkata, ia menunjukkan keadaan tempat kerja tidak selamat dan teruk yang disifatkan “mengejutkan”.

CBC berkata, program Marketplace menyeludup sebuah kamera ke kilang itu dengan bantuan pekerja Top Glove.

Rakaman itu menyokong dakwaan pekerja mengenai keadaan kerja tidak selamat serta tempat tinggal sesak dan panas.

Di asrama, sehingga 25 pekerja tidur di sebuah bilik, selalunya di lantai. Mereka berkongsi sebuah bilik mandi yang digunakan untuk segalanya, daripada mandi hinggalah membersihkan sayur, kata stesen TV itu.

Ia turut menunjukkan talian pengeluaran, kebanyakannya terdiri daripada pekerja asing, sempit dan gagal mematuhi peraturan pencegahan Covid-19.

Terdapat juga video pekerja melakukan kerja pembaikan elektrik atau mengendalikan bahan kimia tanpa sebarang peralatan keselamatan.

CBC verkata, sejurus video itu didedahkan, syarikat sarung tangan itu terpaksa menghentikan pengeluarannya susulan penularan Covid-19 yang mencatatkan lebih 6,000 kes.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments