Thursday, November 14, 2024
HomeBREAKING NEWSTukar hidangan nasi dengan Mi Kari

Tukar hidangan nasi dengan Mi Kari

Mi kari yang enak. (Gambar Ooi Family Cookbook)

Berikan sedikit kelainan dalam menu harian hari ini. Selain nasi, apa kata mi kari tengahari ini.

Masakan mi sememangnya sinonim dalam hidangan di negara Asia selepas makanan ruji iaitu nasi. Bukan sahaja merupakan sumber karbohidrat yang bagus, malah mi juga amat mudah untuk disediakan.

Anda hanya perlu membeli mi di pasar, cuci dan celur. Sesuai sekali bagi mereka yang ingin menjimatkan masa di dapur.

Walau bagaimanapun, mi kuning kadang-kala mempunyai rasa kapur yang tidak menyelerakan. Perkara ini terjadi akibat dari cara masakan mi tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku kepada anda, didihkan mi kuning sehingga timbul buih-buih dan permukaan air menjadi putih.

Langkah ini akan memastikan rasa kapur hilang dari mi. Seterusnya, rendamkan mi ke dalam air sejuk dan campurkan dengan ais untuk menghentikan proses masakan.

Mi kuning juga sedap dibuat mi kari. Jom, kita lihat resepi mi kari yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

  • 100g udang bersaiz sederhana
  • 100g sotong bersaiz sederhana
  • Ayam, bahagian tulang (leher, kepak, kaki)
  • 2-3 biji kentang, dipotong dadu
  • 1 paket tauhu pok, dipotong dua
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 kotak kecik santan
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula, secukup rasa

Kuah

  • 1 paket mee kuning, dicuci, dicelur dan ditoskan
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia, dihiris halus

Bahan hiasan

  • Segenggam sawi, dicuci, dipotong dan dicelur
  • Segenggam taugeh, dicuci dan dicelur
  • 2 biji telur rebus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris
  • 1 cili merah atau hijau, dihiris
  • Bawang goreng
  • 2 biji limau kasturi, dibelah dua

Cara memasak:

  1. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak. Masak pada api kecil dan kacau dengan berterusan.
  3. Tambahkan air, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan kentang dan bahagian tulang ayam. Biarkan masak sehingga empuk.
  5. Kemudian, masukkan udang dan sotong dan juga tauhu pok. Biarkan mendidih.
  6. Seterusnya, tambahkan santan dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih pada api kecil sambil menggaul sekali sekali.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  8. Biarkan mendidih untuk 2 minit dan tutup api.
  9. Hidangkan.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments