Wednesday, January 8, 2025
HomeBREAKING NEWSThailand rancang pendek tempoh kuarantin, tambah jumlah saringan

Thailand rancang pendek tempoh kuarantin, tambah jumlah saringan

Banyak negara memendekkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, termasuk Malaysia, United Kingdom, Jerman dan Belgium, manakala di Perancis tujuh hari. (Gambar AP)

BANGKOK: Thailand merancang untuk memendekkan tempoh kuarantin mandatori terhadap pengembara luar negara daripada 14 hari kepada 10 hari dan menambah jumlah ujian saringan COVID-19 bagi mereka yang menjalani kuarantin.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissnuyothin berkata, ketika ini semua ketibaan adalah tertakluk kepada kuarantin selama dua minggu di kemudahan kuarantin negara atau kemudahan kuarantin alternatif (ASQ) dan menjalani dua ujian saringan COVID-19.

Bermula 1 Dis lepas beliau berkata, semua ketibaan ke negara itu menjalani tiga ujian saringan COVID-19, iaitu semasa ketibaan, ujian kedua antara hari kesembilan dan ke-10, manakala ujian ketiga antara hari ke-13 dan ke-14.

“Lebih banyak ujian COVID-19 mungkin memendekkan tempoh kuarantin pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan kajian dan akan menilai tempoh percubaan bulan depan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Banyak negara mengambil langkah memendekkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, termasuk Malaysia, United Kingdom, Jerman dan Belgium, manakala Perancis memendekkannya kepada tujuh hari.

Sehingga kini, Thailand merekodkan sejumlah 4,281 kes COVID-19 dengan 60 kematian.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments