Friday, April 26, 2024
HomeNewsTerpaksa Ambil Booster, Lelaki Ini Dakwa Vaksin Sinovac Tak Diterima Masuk Ke...

Terpaksa Ambil Booster, Lelaki Ini Dakwa Vaksin Sinovac Tak Diterima Masuk Ke Arab Saudi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, ramai yang telah mengambil inisiatif dan menyahut seruan kerajaan untuk mendapatkan vaksin demi melindungi diri

Ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sudah pasti ini adalah berita yang amat menggembirakan buat rakyat Malaysia.

Meskipun kita masih tidak dapat berjalan jauh ke luar negeri kerana pandemik, tetapi kita boleh lihat hari ini sedikit demi sedikit banyak sektor yang sudah mula dibuka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki mendakwa dia tidak boleh masuk ke Arab Saudi disebabkan jenis vaksin yang diambil telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ikmalshahfazli Team #sinovac hadir! #vaccine #fyp Suspense, horror, piano and music box – takaya

Bengang tak lepas masuk Arab Saudi sebab vaksin Sinovac tidak diterima di sana

Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika dia mahu pulang ke Arab Saudi atas urusan kerjanya.

Pada awalnya dia sampai di Dubai untuk transit ke Arab Saudi, tetapi masih tiada apa-apa masalah yang berlaku. Namun sebaik saja dia ingin terbang daripada Dubai ke Arab Saudi, dia mengalami masalah di mana dia tidak dibenarkan ke sana oleh kerana mempunyai vaksin Sinovac.

Malah, apa yang lebih membuat dia marah adalah dia juga tergolong dalam kategori ‘no vaccine’. Disebabkan itu, dia memberanikan diri untuk mempertahankan dirinya dengan memberikan segala dokumen menunjukkan bahawa dia bekerja di Arab Saudi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via DW

Berjaya mempertahankan diri, tetapi dengan syarat perlu ambil booster

Selepas beberapa minit, dia akhirnya berjaya mempertahankan dirinya dan dibenarkan masuk untuk berlepas ke dalam negara tersebut tetapi dia perlu mengambil booster tambahan iaitu Pfizer.

Namun, dalam hatinya masih tertanya-tanya bolehkah sebenarnya dia mengambil dua jenis vaksin yang berlainan kerana risau akan keadaan dirinya. Dia akhirnya selesai mendapatkan suntikan vaksin tersebut dan berkongsi apakah kesan sampingannya.

Dia juga menjelaskan sebenarnya Arab Saudi bukanlah tidak menerima vaksin Sinovac tetapi mereka mempunyai syarat. Menurutnya Arab Saudi menerima vaksin jenis Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna. Difahamkan, selain daripada itu anda perlu mendapatkan booster. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@ikmalshahfazli Answer to @maesaranoah harap membantu! #vaccine #saudiarabia #mixvaccine original sound – Ikmal shah

@ikmalshahfazli Reply to @shaf2590 ada 2 syarat nak masuk Arab Saudi, tengok sampai habis semoga bermanfaat. #vaccine #saudiarabia #fyp Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

“Saya sebagai penerima Sinovac amat terkilan melihat video ini” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 595.7K views, 18.3K likes dan 1,003 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @ikmalshahfazli (TikTok)

Image via @ikmalshahfazli (TikTok)

Image via @ikmalshahfazli (TikTok)

Image via @ikmalshahfazli (TikTok)

Image via @ikmalshahfazli (TikTok)

Image via @ikmalshahfazli (TikTok)

Harap dapat memberi penjelasan untuk korang yang tertanya-tanya tu 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments