Sunday, May 12, 2024
HomeNewsTemu Jodoh Di Pusat Kuarantin, Pengantin Ini Nekad 'Photoshoot' Kahwin Pakai Sut...

Temu Jodoh Di Pusat Kuarantin, Pengantin Ini Nekad ‘Photoshoot’ Kahwin Pakai Sut PPE

Jodoh adalah rahsia Allah SWT dan ianya hadir secara tiba-tiba tanpa kita sedar

Namun siapa sangka ianya rahsia terbaik kerana kadangkala kita tidak sedar bahawa sebenarnya mungkin seseorang itu sangat dekat dengan kita adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya. 

Jika sudah sampai masanya, pasti akan tiba juga detik yang paling bermakna dalam hidup iaitu disatukan dengan pasangan yang dicintai.

Setiap orang ada kisah cinta mereka yang tersendiri, tidak terkecuali juga dengan pasangan pengantin baru yang tular baru-baru ini di laman Facebook apabila gambar kahwin mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting yang dimuat naik oleh jurugambar pengantin itu di bawah:

Mula berkenalan di pusat kuarantin semasa sedang bertugas, akhirnya bertemu jodoh

Menurut jurugambar yang dikenali sebagai Taufiq Noor, pasangan pengantin baru iaitu Pija dan Azwa telah bertemu dan berkenalan di salah satu pusat kuarantin Covid-19 sejak wabak tersebut melanda negara ini pada awal tahun lepas.

Mereka berdua yang merupakan frontliner itu telah meminta untuk photoshoot gambar kahwin mereka dengan memakai sut penuh PPE untuk dijadikan sebagai kenangan.

“Memang kental diaorang ni. Yang aku respect masa shoot pakai baju PPE ni pukul 12-1.30 petang memang tengah panas terik siot..tapi diaorang sporting n cakap dah biasa pakai baju PPE..dah biasa mandi peluh…aku pakai baju biasa pun berpeluh2 masa shoot. Tahniah PIJA & AZWA..semoga korang tabah hadapi kerja korang yang sangat mencabar ni,” tulisnya.

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 647 likes, 185 shares dan 78 comments di Facebook

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut tumpang gembira buat pengantin baru itu dan ada yang berkata jodoh Covid-19 sememangnya sweet dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Antara komen menarik daripada warganet di Facebook:

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Image via Taufiq Noor (Facebook)

Selamat pengantin baru buat pasangan frontliner ini, semoga till jannah! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments