Tuesday, October 1, 2024
HomeBREAKING NEWSTak pernah guna botox, apa rahsia J.Lo sentiasa awet muda?

Tak pernah guna botox, apa rahsia J.Lo sentiasa awet muda?

Sewaktu kecil J.Lo sering menggunakan minyak zaitun sebagai suplemen kulit. (Gambar AFP)

Jennifer Lopez dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan, walaupun sudah berusia 51 tahun, penyanyi, pelakon dan penari ini ternyata sentiasa kelihatan muda.

Baru-baru ini, J.Lo telah memuat naik sebuah video tanpa mekap di akaun Instagram miliknya. Video tersebut adalah untuk mempromosikan bisnes penjagaan kulit miliknya iaitu JLo Beauty.

Apa yang pasti, penampilannya telah memukau penonton yang terkejut melihat bintang kegemaran mereka kelihatan begitu cantik dengan kulit yang masih tegang tanpa menggunakan sebarang solekan.

Hanya menggunakan krim wajah, J.Lo tampak sangat ayu dan menawan, tidak seperti usianya yang sebenarnya.

Malah, J.Lo sendiri mengakui bahawa dia belum pernah menggunakan botox sehingga ke hari ini. Katanya, dia lebih gemar menggunakan penjagaan kulit sebagai rawatan wajah.

“Saya lebih suka sesuatu yang semulajadi dan menggunakan penjagaan kulit sebagai rawatan kulit wajah saya,” ujarnya.

Mungkin kerana itulah dia banyak menggunakan bahan-bahan semulajadi di dalam perniagaan penjagaan kulitnya.

J.Lo yang juga merupakan pereka fesyen di Amerika Syarikat berkata, “JLo Beauty datangnya dari inspirasi sewaktu saya kecil yang gemar menggunakan minyak zaitun sebagai suplemen kulit.

“Keluarga saya akan menggunakannya pada kulit tubuh, wajah dan rambut kerana minyak zaitun akan melembapkan kulit dan membuat kulit lebih bersinar,” ujarnya lagi.

Dalam video tersebut, J.Lo melahirkan kegembiraannya telah memiliki produk kecantikan sendiri.

Menurutnya, JLo Beauty memainkan peranan penting dalam hidupnya terutama mengenai cara penjagaan kulit wajahnya yang sering kelihatan tegang dan awet muda.

Antara produk kecantikan jualannya adalah gel pembersih, masker wajah dan pelbagai krim wajah.

J.Lo juga sedang mencari penyebab penuaan dan bahan semulajadi yang dapat memerangi penuaan kulit dalam produk kecantikannya.

“Salah satu perkara yang saya temui adalah peradangan dan dehidrasi yang menyebabkan proses penuaan. Malah, saya juga menambah bahan yang boleh membantu melawan stres.

“Saya ingin set penjagaan kulit ini menjadi sebahagian besar dalam rutin rawatan kulit kepada semua,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments