Saturday, November 16, 2024
HomeBREAKING NEWSSultan Selangor, Perak beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah

Sultan Selangor, Perak beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah

Jenazah Allahyarhamah Rahah Mohamed Noah tiba di Masjid Ar-Rahah bersama konvoi 10 kenderaan pada 7.50 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghormatan terakhir kepada Rahah Mohamed Noah, balu Perdana Menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Sultan Sharafuddin diiringi Tuanku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin tiba di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada 9.17 pagi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim tiba pada 9.50 pagi.

Terdahulu, kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah Rahah bertolak dari kediamannya di Jalan Eaton dan tiba di Masjid Ar-Rahah bersama konvoi 10 kenderaan pada 7.50 pagi tadi.

Anaknya, Najib Razak yang juga bekas perdana menteri keenam bersama keluarganya tiba setengah jam kemudian kira-kira 8.20 pagi.

Orang ramai mula beratur di perkarangan pintu masuk masjid sejak 7 pagi tadi dan mereka hanya dibenarkan memberi penghormatan dengan pematuhan SOP ketat pada 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah akan dibawa ke Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara untuk diberikan Istiadat Pengebumian Negara.

Bagi memastikan semua orang mematuhi penjarakan fizikal dan SOP lain, hanya media rasmi dibenarkan memasuki perkarangan masjid.

Rahah, 87, dilaporkan meninggal dunia, petang semalam ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments