Panggilan ‘abang’ buat suami sudah tidak asing lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin
Kebanyakan pasangan yang bercinta akan menukar panggilan manja mereka sebaik saja mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi golongan wanita.
Contohnya, jika semasa bercinta panggilan mereka kepada kekasih adalah ‘baby‘ atau ‘sayang’, selepas berkahwin mereka akan memanggil suami sebagai ‘abang’.
Tetapi, lain pula dengan pasangan suami isteri instafamous ini apabila video reaksi spontan si isteri dirakam oleh suami semasa mereka berada di dalam kereta.
Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki yang bernama Akmal Hizzat itu sengaja mengusik isterinya dengan membahasakan dirinya sebagai ‘abang’.
Lihat video penuh itu di bawah:
@akmalhizzat Wife korang panggil korang apa? ##tiktok ##tiktokmalaysia ##fyp ##foryou ##husbandwife ##justforfun ##viral
Terkejut suami tiba-tiba bahasakan diri ‘abang’ dan terus memandang pelik ke arah suami
Menerusi video berdurasi 30 saat tersebut, Akmal secara tiba-tiba mengusik isterinya yang sedang membetulkan tudung.
“Yang, abang rasa abang macam teringin nak makan western,” katanya.
Isterinya yang mesra dipanggil Fatin terus membuat reaksi muka pelik dan tergelak kecil selepas mendengar suaminya bahasakan diri sebagai ‘abang’. Fatin kemudiannya meminta Akmal sekali lagi mengulang ayatnya.
“Abang cakap abang teringin nak makan western,” katanya lagi.
Fatin terus berdekah gelak selepas dengar ayat yang keluar dari mulut Akmal dan spontan berkata “Kenapa abang? Eeee eeee”.
“Bukan biasa orang panggil abang ke bila dah kahwin?” soal Akmal.
Di akhir video, Fatin yang pelik dengan gelagat suaminya tiba-tiba perasan aksinya dirakam senyap-senyap dan mereka berdua sama-sama tergelak.
Gara-gara video tersebut, ayat ‘abang’ sampai trending nombor satu di Twitter
Susulan tularnya video mereka di pelbagai platform media, ayat ‘abang’ telah trending nombor satu di Twitter dan Fatin sempat memuat naik ciapan di laman Twitter milik peribadinya menjelaskan kenapa dia tidak mahu memanggil suaminya ‘abang’.
Panggil abang kandung pun abang, panggil abg posmen pun abg, abg kedai tomyam pun abg. Takkan nak panggil suami pun abg tak special lah
— ftnshc (@fatinnoraishah) December 16, 2020
Rata-rata warganet terhibur dengan reaksi spontan Fatin dan berpendapat dia comel apabila memandang sinis suaminya dan gelak kerana geli dengan panggilan ‘abang’ itu.
Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Lawak betul suami isteri ni. Penangan ‘abang’ punya pasal, sampai trending ya 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!