Friday, September 20, 2024
HomeBREAKING NEWSStatistik menakutkan di Klang, Santiago gesa tubuh pasukan bertindak COVID-19 segera

Statistik menakutkan di Klang, Santiago gesa tubuh pasukan bertindak COVID-19 segera

Klang mencatatkan 78% jangkitan daripada pekerja asing manakala baki 22% dalam kalangan rakyat tempatan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan segera menubuhkan pasukan bertindak COVID-19 di daerahnya susulan peningkatan mendadak kes positif dalam tempoh 14 hari lalu.

Santiago berkata, ini bagi membendung ketakutan dalam kalangan penduduk terhadap penularan wabak itu, yang pada mulanya berpunca daripada jangkitan dalam kalangan pekerja asing di kilang dan kini merebak ke komuniti tempatan dan hospital kerajaan.

Untuk rekod, Klang mencatatkan 78% jangkitan daripada pekerja asing manakala baki 22% dalam kalangan rakyat tempatan.

Dalam tempoh 14 hari, Klang dan Kapar melaporkan 3,724 jangkitan dan 10 kematian dan kini merekodkan 4,318 kes aktif dengan jumlah kumulatif jangkitan 11,378 kes.

“Statistik ini sangat menakutkan. Rakyat mempunyai alasan munasabah untuk berasa panik.

“Jadi, mari kita ubah pendekatan dengan membawa semua peserta industri bersama dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencari penyelesaian terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bertindak COVID-19 perlu membabitkan pegawai Kementerian Kesihatan di peringkat negeri dan kebangsaan, NGO dan badan profesional, Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta komuniti perniagaan.

“Pasukan ini perlu memantau, memberi kesedaran, memberi laporan harian yang tepat, mengadakan pasukan bergerak dalam kalangan komuniti dan kilang untuk menyampaikan maklumat berkenaan peningkatan COVID-19 di daerah itu,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments