Monday, September 16, 2024
HomeBREAKING NEWSSingapura terima bekalan pertama vaksin COVID-19 hari ini

Singapura terima bekalan pertama vaksin COVID-19 hari ini

Menurut Singapore Airlines, ia merupakan penghantaran pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech ke sebuah negara di Asia. (Gambar AP)

SINGAPURA: Singapura menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech lewat petang tadi melalui pesawat pengangkut Boeing 747-400 Singapore Airlines..

“Penghantaran kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 adalah pencapaian penting dalam usaha memerangi COVID-19, dan kami berbangga kerana dapat memainkan peranan yang penting ini.

“Ia turut membuktikan kesiapsiagaan SIA dan hab udara Singapura untuk melaksanakan tugasan penting yang membabitkan penghantaran serta pengagihan vaksin COVID-19 di peringkat antarabangsa,” menurut Naib Presiden Kanan Kargo SIA Chin Yau Seng dalam kenyataan hari ini.

Menurut SIA, ini juga merupakan penghantaran pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech ke sebuah negara di Asia.

Vaksin itu dibawa oleh penerbangan SQ7979, yang merupakan perkhidmatan pengangkutan berjadual dari Brussels, Belgium ke Singapura.

Pesawat itu berlepas pada Sabtu dan tiba di Singapura hari ini pada 7.55 malam.

SIA berkata, ia berjaya melakukan penghantaran percubaan pada 19 Dis lepas menggunakan laluan penerbangan pesawat pengangkut yang sama.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments